Selasa, 19 Oktober 2010

Sambil menyelam minum air


Weekend hari tu kami ada seminar di PD (Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-V 2010, anjuran UKM). Anak2 memang suka sangat la kalau kami join benda2 mcm ni sebab boleh swimming kat sana. Dalam sibuk2 berseminar sempat jugak la 2X sy menemankan anak2 swimming, happy sgt mereka berdua tu.

So, tajuk kat atas tu bukanlah bermaksud Along & Adik pandai menyelam @pun tertelan air, tp sebenarnya adalah sambil seminar sempat lg temankan anak2 swimming

“Ummi & Abah happy apabila Along & Adik happy…..”.

Khamis, 7 Oktober 2010

Appointment petang…pun susah jugak


Petang semalam Adham ada appointment dgn pakar plastic surgeon (Dr Cheong You Wei) di orthopedic clinic, Hosp. Serdang. Sy & Abahnya suka kalau appointment sebelah petang sebab at least sebelah paginya sy boleh study & Abahnya boleh masuk ofis dulu. Kalau appointment waktu pg kami rasakan seolah2 masa kami dh seharian hilang; pg hingga Zohor di hosp & sebelah petangnya dh tk boleh buat apa2 kerja lg kerana penat.

Pagi tu Adham ke tadika macam biasa, selepas solat Zohor kami jemput dia utk ke hosp. Masa amik dia tu, dia tengah tidur, Teacher Nor kata dia baru je makan nasi dan terus tidur. Dalam kereta dia menangis kerana tidurnya diganggu & tak nak tukar pakaian.

Sampai di hosp dh pukul 2pm lebih, nasib baik org tak ramai. Tapi yg nasib kurang baiknya adalah Adham asyik merengek je, muka masam je macam tk puas hati dgn sy. Sy tegur pun tk berapa nk ckp. Sy usik2 dia pun tk layan. Alih2 dia ckp “Adik tk nk kawan dgn Ummi, nk kwn dgn Abah je”. Mungkin dia marah sebab sy usik2 dia. Mujur Abahnya dpt temankan kami semalam, dptlah dia melayan ragam anak bongsunya (bongsu betul ke ni…?) yg manja tu. Dptlah Abahnya layan dia makan, layan dia main, dukung dia, temankan dia ke toilet & bawa ke café kat tingkat bawah.

Alhamdulillah, semua setel sebelum pukul 4ptg. Kami singgah amik Along di tadika & terus balik rumah.

Isnin, 4 Oktober 2010

Tahniah Abah



Dua hari lepas sy menghadiri majlis convocation Abahnya di IIUM. Sayang sekali anak2 tak dapat ikut kerana kanak2 bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan. Terpaksalah kami tinggalkan mereka di tadika.

Sepanjang Abahnya study leave (2005 – 2009) Allah menghadiahkan anugerah yg tidak ternilai kpd kami. Along dilahirkan ketika Abahnya sedang bertungkus-lumus menghabiskan coursework. Manakala Adik pula dilahirkan ketika Abahnya tengah berhempas-pulas menulis literature review utk tesisnya. Mungkin sebab tu lah anak2 kami sgt suka dgn buku. Balik dr tadika sibuk nk baca buku…nk tulis…nk lukis…nk color... Pergi mana2 sibuk nk bawa buku, sampaikan tidur malam pun dgn buku. Moga2 minat mereka ini akan terus subur sampai bila2, aamiin.

Tahniah Abah, ikhlas dr Ummi, Along & Adik. Semoga Abah terus cemerlang di dunia & akhirat. Dan jgn lupa cabaran Abah yg seterusnya ialah mendapat title Assoc. Prof within 5 years…!!!

Jumaat, 1 Oktober 2010

Ibu bapa Mukmin dan Profesional


Antara ciri ibu bapa yg mukmin dan profesional menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (majalah SOLUSI, isu no. 16: Apakah kita ibu bapa yg derhaka?)

• Lemah-lembut & tdk kasar
• Sabar
• Penyayang
• Mengambil yg paling ringan drpd dua perkara selama mana perkara itu tdk berdosa
• Menjauhi sifat marah
• Bersikap sederhana & seimbang
• Mempunyai kemahiran berkomunikasi
• Tahu mengenal pasti masalah & menyelesaikannya

“Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu”.
“Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan anak soleh yang mendoakannya”.
-(Maksud Hadis)