Selasa, 30 November 2010

Sekadar memujuk hati anak-anak






Ahad lepas kami bawa anak2 buat kesekian kalinya ke Zoo Melaka. Sebenarnya kami tak plan pun nak ke sana. Tapi beberapa hari sebelum itu, anak2 ada bgtau nak balik kampung sebab kawan2 tadika mereka ramai yg balik kampung sepanjang cuti sekolah ni. Jadi kami pun bawa lah mereka ke zoo sekadar utk memujuk hati anak2, tak sampai hati melihat mereka berdua sedih sebab tak dapat balik kampung.

Sampai di sana org ramai sgt, maklumlah weekend + school holiday. Nak parking sesak, nak beli tiket masuk sesak, nak naik tram pun sesak.

Tapi yg kami perasan kali ni, anak2 tak happy sgt tengok haiwan, mungkin sebab dah byk kali kami bawa mereka ke sana. Mereka lebih tertarik nak main kat playground
(…laa anak2 aku ni, kalau la sekadar nak main benda alah ni, tak payah la kita dtg jauh2, kat depan rumah kita pun ada…).

Kami sampai rumah 9.30mlm, fuh penatnya. Apapun kami gembira sebab dpt hiburkan permata hati kesayangan kami berdua ini.




Jumaat, 26 November 2010

“Adik, Ummi & Abah ni raja laa…”





Di pg Jumaat yg damai ini sy membelek2 album kawin kami, mengimbau kembali hari penuh makna bg kami di mana dua jiwa disatukan. Hari ini genaplah 6 TAHUN USIA PERKAHWINAN kami. Selama tempoh itulah kami berkongsi segala-galanya; susah-senang…suka-duka…bahagia-lara…sedih-gembira…ceria-tangis…. Segalanya kami tempuhi bersama, dr berdua bertambah jd 3, dr bertiga bertambah jd 4, semakin hari semakin mematangkan kami.

Tiba2 Along datang. Abahnya awal2 pg lg dh pergi ofis…
Along: Along nak tengok jugak. Eh, eh, Ummi & Abah ni raja la…
Ummi: Kenapa sayang?
Along: Ni, Ummi & Abah pakai ni… (sambil jari telunjuknya menunjukkan tengkolok & crown yg kami pakai semasa majlis kawin kami)
Ummi: Laa.. (kelakar anak aku ni…!)
Along: Adik…Adik…, mai sini tengok ni, Ummi & Abah ni raja laa…
Along & Adik: Ampun Tuanku… (kata mereka hampir serentak sambil mengangkat tangan spt dlm filem Raja2 Melayu dulu2 tu)
Ummi: Bukannya raja, ni gambar masa Ummi & Abah kawin.
Along: Ooo, Ummi & Abah nak cinta la tu.
Ummi: Ya, Ummi cinta Abah, Abah cinta Ummi.
Along: Abah kawin dgn Ummi, nanti Along nak kawin dgn sape?
Ummi: Along ni kecik lagi, nanti besar kamu kerja dulu, lepas tu baru kamu kawin, nanti ada la perempuan yg kamu nak kawin.
Along: Masa Ummi & Abah kawin ni, Along & Adik kat mana? Kenapa tak ada dlm gambar ni?
Ummi: Along & Adik belum ada lg.
Along: Ya la, tp Along & Adik kat mana?
Ummi: Kamu belum ada lg.
Along: Iyaa, tp Along & Adik pergi mana? Dlm tummy Ummi ke?
Ummi: Ya…(rasanya kalau dijelaskan pun dia masih tak faham, semua soalannya kena ada jawapan, kalau tak selagi itulah dia akan terus bertanya sampai puas hati dgn jawapan yg diberikan)

Setelah beberapa tahun hidup sebumbung barulah kami boleh menarik nafas lega; dr perkenalan membawa kpd persefahaman, dr persefahaman membawa kpd keserasian. Semoga kami terus serasi…

Agaknya kami berdua serasi kerana mempunyai minat yg hampir2 sama, iaitu berjalan2. Dan bg minat kami yg tak berapa nak sama tu pun tetap tak jadi masalah buat kami; sy suka pergi kedai buku, dia tetap setia menemani sy; dia suka pergi tengok movie, sy juga akan tetap setia menemaninya.

Anak2 kami pun dh semakin membesar, Along tahun depan dah masuk 6 tahun. Drpd tak tau apa2 hingga skrg ni dh tau byk benda; dh kenal huruf ABC & Alif Ba Ta, tau menulis, sgt suka mengira (tambah & tolak), suka melukis & mewarna (agak kemas & menarik), boleh baca Quran (hafaz ayat2 lazim), hafal doa2 harian, kemas tempat tidurnya, jemur towel mandi, mandi & gosok gigi sendiri, kemas buku2 & mainan, serta berebut selipar & bergaduh dgn Adiknya tiap2 hari. Mengikut pandangan mata sy wajah Along tak banyak beza antara semasa dia baby dgn skrg ni.


Adik pula tahun depan dah masuk 5 tahun. Skrg ni pun dh tau byk benda; dh kenal huruf ABC & Alif Ba Ta, tau menulis, suka mewarna (masih lg comot), sgt suka baca Quran (hafaz ayat2 lazim), hafal doa2 harian, kemas tempat tidurnya, mandi & gosok gigi sendiri, kemas buku2 & mainan, serta berebut selipar & bergaduh dgn Alongnya tiap2 hari. Dan yg kami nampak wajah Adik yg agak berbeza semasa baby dulu dgn skrg ni, mungkin kerana telah byk kali melalui operation.


Apapun pun keadaannya, apapun pun perbezaannya, Ummi & Abah akan tetap menyayangi Along & Adik, hingga akhir hayat kami…

Gelagat2 permata hati kami inilah yg sentiasa menceriakan hari2 kami sekeluarga…


Kami bersyukur kpd-MU YA ALLAH kerana diberikan kekuatan & semangat utk kami melalui detik2 resah, detik2 sukar kami bergelar Ummi & Abah kpd dua permata hati kami selama ini.

"Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikirkan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan"

"Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan"

Sabtu, 20 November 2010

Salam Aidiladha

Hari ni hari ke-4 (bersamaan 13 Zulhijjah 1431H) kita meraikan Hari Raya Qurban, bermakna kita masih lagi dlm mood raya walaupun kebanyakan orang hanya cuti kerja sehari sahaja. Kami sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua ahli keluarga dan sahabat2 kami.





Sebenarnya ini bukanlah first time sy menyambut Aidiladha jauh di perantauan. Saya masih ingat lagi, first time (tahun 2001) sy meraikannya bersama kawan2 sekolej semasa final year pengajian degree sy di UKM dulu. Kami menyambut Aidiladha secara ala kadar shj kerana esoknya kami akan menduduki final exam. So, tak sempat nak merasa sedih kerana masing2 tengah struggle (pulun study last minute) utk paper Microeconomics III esoknya.

Second time pula kami 4 beranak menyambutnya di rumah lama kami. Pada masa itu sy dalam pantang kerana melahirkan permata hati ke-2 kami. Adham dilahirkan pada 8-12-2006 secara Caesarean. Dengan keadaan luka dalaman yg belum baik sepenuhnya kami tidak dapat balik kampung pd tahun tersebut.

Akhir kata, kami mohon maaf kerana tidak dapat meraikan bersama keluarga di kampung pd tahun ini kerana kekangan masa yg agak terbatas. Semoga kita masih diberikan kesempatan utk berjumpa di masa2 akan datang, InsyaALLAH.




Rabu, 10 November 2010

Bersangka baik kepada-NYA


Apabila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Apabila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Apabila DIA tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik utkmu,
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kpd ALLAH.

Isnin, 8 November 2010

Convo Along & Adik











Semalam kami (Ummi, Abah & Cik Tie) menghadiri majlis convo Along & Adik, bertempat di Fakulti Pendidikan UPM Serdang.

Along mendapat 2 anugerah; Anugerah Tunas Harapan & Anugerah Pelajar Terbaik Akademik. Dan Adik pula mendapat Anugerah Mithali.

Along & Adik menyertai persembahan silat & tarian. Manakala Along pula menyertai pertandingan pakaian beragam.

Anak2 Ummi & Abah dah makin pandai; memberi kerjasama yg baik sepanjang majlis berlangsung dan dah tak segan beraksi atas stage.

Jutaan terima kasih kpd cikgu2 Akram & Adham; Teacher Nor, Teacher Deeba, Teacher Ilah, Teacher Wani, Teacher Sue & adiknya, Teacher Sakinah, Teacher Huda, Teacher Ika & Teacher Sarah, atas dorongan, bantuan, keikhlasan, tunjuk ajar serta kasih sayang tanpa pilih kasih yg dicurahkan selama ini. "Jasamu dikenang, usahamu dihargai".

Majlis berakhir 12.15tghr, on the way balik rumah anak2 tertidur kepenatan.

p/s: TQ pd Cik Tie sbb hadiahkn kek coklat pd Along & Adik.

Penuhi keperluan anak (Part III)


Seterusnya, keperluan yg ketiga adalah keperluan emosi. Antara tip2 utk pengisian emosi ini ialah:

• Mengucup anak2 dgn penuh kasih sayang
• Bermain & bergurau
• Memberi hadiah & kata2 pujian
• Membelai kepala anak2
• Sering bertanya khabar & berbual2 mesra
• Mendahulukan anak perempuan berbanding lelaki dlm belaian kasih sayang

Jangankan tamparan, makian dan teriakan kata2 kasar ke gegendang telinga anakpun adalah luka dalaman yg tidak dapat disembuhkan. Anak dilahirkan ke dunia hanya untuk kasih sayang, kekerasan bukanlah hak milik anak.

Siraman kejiwaan yang paling diperlukan oleh anak sepanjang masa kanak-kanak mereka adalah cinta, kasih sayang, rasa aman, dan disiplin.

Rabu, 3 November 2010

Penuhi keperluan anak (Part II)


Keperluan yg kedua adalah keperluan akal. Pakar2 pendidikan Islam telah merumuskan bahawa antara keperluan ilmu & pemikiran ini ialah:

• Menanamkan budaya cintakan ilmu & adab belajar
• Menghafaz ayat2 al-Quran & Hadis
• Memilih guru & sekolah yg baik utk anak2
• Membekalkan buku2 bacaan & mengadakan ruang bacaan @ mini perpustakaan di rumah

Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. -Hamka.

Selasa, 2 November 2010

Penuhi keperluan anak (Part I)


Terdapat 3 keperluan anak yg perlu diutamakan oleh ibu bapa; pertama, keperluan fizikal; kedua, keperluan akal; & ketiga, keperluan emosi. Termasuk dlm keperluan fizikal ini ialah:

• Mendorong anak bermain & bersukan
• Membiasakan anak dgn amalan kebersihan spt memotong kuku, menggosok gigi, dsb
• Mengatur waktu tidur yg betul & mencukupi
• Merawatnya apabila sakit

Anak2 memerlukan seseorang sebagai tempat bersandar, memerlukan seseorang untuk menangis serta bermanja & memerlukan seseorang untuk mempelajari sesuatu. “Seseorang” itu adalah kita, iaitu ibu & bapanya.

Isnin, 1 November 2010

Anak Abah...


Pagi ni sy angin satu badan, geram sangat2; anak2 tak nak bangun tidur…tak nak mandi…tak nak ke tadika…tak nak pakai baju…tak nak breakfast…semuanya tak nak. Hanya satu benda je yg diaorang nak…NAK ABAH…!!!

Aaaiii parah ni, Abahnya takde kat rumah dari 30 Oct hingga 4 Nov, lebih kurang 6 hari, outstation di The Royale Bintang, PD.

Setelah berhempas pulas memujuk anak2 dengan gaya selembut2nya hingga sekeras2nya akhirnya sy berjaya membawa anak2 ke tadika pd jam 845am (sejam lewat dr hari2 biasa). Dalam kereta kedua2nya dh cool sambil dengar lagu Maher Zain “InsyaALLAH”. (Fuh, lega sikit hati Ummi tengok Along & Adik dh ok).

Sampai je di gate tadika diaorang start nangis balik; tak nak pegi tadika…tak nak keluar dr kereta… NAK ABAH… NAK ABAH… NAK ABAH…!!! Sy sendiri tak pasti, adakah anak2 terlalu beremosi sebab terlalu rindukan Abahnya @pun saja2 buat drama di pagi hari sebab tak nak ke tadika…

Lastly, terpaksalah sy dukung sorang2 bw masuk ke kelas. Anak2 siap peluk kaki sy lagi sambil nangis. Sayu jgk trpksa tinggalkan anak2 dlm keadaan sedih. Kesian Teacher Nor kena dukung baby besar nangis.

Dgn hati yg berat sy gagahkan diri utk ke UPM.