Sabtu, 29 Januari 2011

Speech Therapy Pertama 2011

Sebenarnya minggu ni adalah speech therapy Adik yg ke-34, namun ianya adalah yg pertama bg tahun ni. Sepatutnya Adik join speech setiap Sabtu (11 pg), tp dh 5X berturut2 Adik tdk dpt join, sebabnya;
1st week, cuti Christmas Day; 2nd week, cuti New Year's Day; 3rd week, Abah outstation; 4th week, Ummi pulak outstation; 5th week, trip ke KK. Moga d minggu2 mendatang kami tdk sibuk lg.

Alhamdulillah masa speech pg td Adik ok je, tak meragam pun… "Ummi sayang kat Adik, makin pandai sejak Adik dah besar ni”.

Ni gambar2 semasa kami jalan2 cuci minda di KK last week.
“Cantiknya Sabah”…..

Day 1: Penat, keluar diner je…

...muka lapar + boring tunggu makanan tak kunjung tiba...

Day 2: Pagi pergi ke Manukan Island. Bersiap utk naik bot...

...Adik happy sgt dpt naik bot. "Ummi, bestnya naik bot, Adik tak takut pun"...

...Along pun sama. "Nanti cuti tadika Along nak dtg lagilah, boleh naik aeroplane, boleh naik bot, boleh tengok kartun Mr. Bean byk kali"...

...mandi-manda & snorkling di pulau tu...

...budak kecik kat tengah tu nangis sambil peluk Abah kuat2 sebab takut sangat...

...boleh nampak pelbagai jenis ikan, cantik sgt. Along sibuk nk tangkap, tp tak dpt pun...

…petang tu ke Pasar Filipina…

Day 3: Singgah di Pasar Nabalu (kedai kraftangan)…

...boleh nampak gunung Kinabalu berdekatan pasar tu. Alkisahnya ia berasal dr perkataan "cina balu" - ada seorang balu keturunan Cina telah meninggal dunia di atas gunung itu bersama2 anaknya...

…terus ke Hot Spring berdekatan kaki gunung KK utk relax & mandi-manda…

...Adik & Along sempat posing selepas selesai mandi tu...

on the way balik singgah minum air kelapa bakar…

Day 4: Melawat Bangunan Yayasan Sabah. Juga dikenali sbg Menara Tun Mustapha, iaitu sempena nama Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha bin Datu Harun, bekas Ketua Menteri Sabah yg ke-3 (1967 – 1975). Ia dibina pd 1977, dan merupakan bangunan kedua tertinggi di Borneo slps Wisma Sanyan di Sibu…

...ada patung orang utan depan menara tu...

…seterusnya kami singgah di UMS…

…di Cocoa Boutique

…serta di Coffee Boutique (terkenang masa muda2 dulu – “lawatan sambil belajar” – melawat univ & kilang)...

...seterusnya singgah beli barang di Pasar Filipina. Nasib baik kami ada anok jate yg kuat, boleh jgk tolong angkat barang...

...last sekali singgah di masjid negeri utk solat & mandi sebelum ke airport utk bertolak balik ke sini...

Istimewa buat Dr. Zyadi & Puan Faridah, Puan Wook & anak2, Dr. Noreha & family, Kak Ida & family, Kak Shida & family, Neil (tourist guide), dan adik2 RA Kak Ida, kami doakan semoga sentiasa dlm lindungan-NYA. Kenangan manis kita semua semasa berada di sana adalah sesuatu yg berharga buat kami sekeluarga.

Buat Kak Shida & Abg Kamal, kami amat tersentuh hati melihat kesabaran Akak & Abg melayan Shafiq, teruskan kesabaran itu, InsyaALLAH ia adalah aset Akak & Abg di “sana” kelak.

Buat Kak Ida, lain kali kalau nk pegi jln2 lg jgn lupa ajak kami ya, Bangkok pun cun jugak kak, ko guano?

Isnin, 3 Januari 2011

1st Day di Tadika ABIM

Happy New Year…2011.

Today semua parents mula menghantar anak2 ke sekolah setelah lama bercuti panjang. Bg anak2 yg dh biasa ke sekolah sebelum ni, ok je. Namun bg anak2 yg 1st time menjejakkan kaki ke bangunan yg dinamakan “sekolah”, ianya merupakan satu pengalaman baru kerana terpaksa berjauhan dgn keluarga tersayang buat beberapa jam.

Seawal 6.30 pg kami mengejutkan Along & Adik utk bersiap2 ke sekolah. Masa di Excel dulu boleh bangun lewat sikit (7 pg) kerana kelas bermula 8 pg. Di ABIM kelasnya bermula lagi awal (7.30 pg). Along ok je, Adik nangis.

Ummi: Adik, Along, bangun. Hari ni kamu dh start tadika.
Adik: Adik nak tidur lagi (sambil menggeliat malas & nangis).
Ummi: Ok, Adik mandi la dulu… Along bangun ya. Tahun depan kamu sekolah rendah, kena bangun laaagi awal. Dh kena start solat subuh sebab kamu dh 7 years old. Tahun ni Ummi tak paksa lg.
Along: Ok (fuh, senangnya hati Ummi, tak perlu ambil masa yg lama utk pujuk Along pg ni & Ummi tak perlu menjawab soalan2 Along yg adakalanya agak sukar nak bg jawapan tu).

Ni uniform Along & Adik, siap dgn kopiah putih + stoking kartun sekali

Adik takde mood nak breakfast; mungkin tak selera sbb terlalu awal, @ mungkin jugak masih mengantuk

Along happy je sebab nanti dpt jumpa semula dgn kawan2 lama masa di Excel dulu. “Along jumpa kawan2 nanti Along nak main” (alahai Sayang, hidup kita ni bukannya nak main je…byk lg benda lain yg nak kena buat, yg nak kena fikir).

Ni beg Along & Adik; beg Ultraman tu utk tadika sebelah pagi, utk letak buku + alatulis & bekal makanan + air Milo suam, beg Upin & Ipin tu utk Day Care sebelah petang, Ummi sediakan pakaian + towel mandi & bantal “tidur lena”… (bantal busyuk la ni)

Mulanya Ummi plan nk hantar sebab today 1st day Along & Adik di tadika ABIM. Tp Abah kata takpe biar Abah sorang je yg hantar. Lagipun Along & Adik dh biasa ke tadika sebelum ni. Lepas Abah hantar td, Abah terus je call Ummi “Along & Adik ok je, tak nangis pun, suka dpt jumpa kwn2 lama”, katanya. Syukur, anak2 Ummi ni dh besar, tahun ni dh masuk 6 & 5 tahun.