Rabu, 30 Mac 2011

Nak Pindah Hospital Mana Ya...?

Petang td Adik ada appoinment dgn Plastic Surgeon di Orthopaedics Clinic, Hosp Serdang. Sayang sekali Abah tak dapat temankan kami. Takpelah Sayang ya, Ummi akan sentiasa ada, lately Abah memang busy sgt.

Cuma yg agak menyedihkan kami, ini adalah appoinment yg terakhir kami dgn Orthopaedics Clinic di sini kerana Dr Cheong You Wei akan berpindah ke private medical centre tdk lama lagi. Dan yg lebih menyedihkan kami, menurut beliau belum ada Plastic Surgeon yg akan menggantikannya di clinic ini. Moga akan ada doctor lain yg akan menggantikannya dalam waktu terdekat ini kerana ramai patient yg memerlukan service ini sebenarnya. Mungkin selepas ini kami akan ke HKL @pun PPUKM utk mendapatkan rawatan dgn Plastic Surgeon di sana. @pun sahabat2 kami (especially CLAPAM members), ada suggestion lain?

Buat masa ini kami memang mendapatkan services di beberapa tempat dlm usaha mndapatkan rawatan yg terbaik buat Adik. Antaranya;

• Hosp Serdang utk Paediatrics Dental & Orthodontics (Klinik Pembedahan Mulut), Audiologist & ENT (Klinik Otorinolaringologi), & Plastic Surgeon (Klinik Orthopedik)
• Pusat Perubatan UKM utk CDC (Child Development Centre)
Urbane Ethos Consultancy, Seksyen 13 Shah Alam utk speech therapy
• Klinik Pergigian Dr Haslina, Bandar Seri Putra, Bangi utk pemeriksaan gigi berkala

Mcm biasa bekal wajib yg mesti Ummi sediakan setiap kali ke klinik/hospital ialah makanan, minuman, bantal “tidur lena”, pencil, & buku nota kecik…








GA Zura_Habib; Habib Nak Bagi FM Kat Acik2 Sume!!!"

Ini GA dr sahabat kami Zura_Habib

Selasa, 29 Mac 2011

Adik Tetap Ceria

Location: Klinik Pembedahan Mulut, Hospital Serdang
Paediatric Dental: Dr Kalai
Date/time: 29-03-2011, 12.30pm
Mood: Ceria (Adik); tak berapa ceria – penat (Ummi & Abah)

…..biarlah hanya gambar2 ini yg berkata2…..





Setel je jumpa Dr Kalai, terus ke ofis Abah. Abah tak sempat hantar Ummi & Adik balik rumah sebab ada kelas 1-4pm.

Location: Ofis Abah
Activities: Makan, melukis, makan, melukis
Date/time: 29-03-2011, 1.45pm
Mood: Ceria (Adik); tak berapa ceria – penat (Ummi; Abah tetap ke kelas walaupun penat)

…..juga, biarlah hanya gambar2 ini yg berkata2…..





Sampai rumah dah time asar. Esok ada appointment lg, harap2 mood Adik ok.

Selasa, 15 Mac 2011

Adik Penat Sangat…Ummi pun…

Tiba2 sy rasa sedih, sayu, tak puas hati bila mengenangkan insiden semalam. Kesian Adik…andainya Ummi punya pilihan, Ummi tak nak Adik lalui semua ni.

Semalam Adik ada appointment dgn ENT di Hosp Serdang. Seawal 7.15pg kami dh brtolak ke sana sebab Abah ada class 8.30-11pg. So, trpaksalah Ummi menemani Adik sendirian. 7.50pg kami dh sampai sana dan 8.10pg dh siap register kat bahagian registration tu (Alhamdulillah, ini sudah bagus…)

Masa baru sampai, mood Adik ok je…..

…..Adik ceria je…..

Terus ke bilik ENT kat level 2, org tak ramai, Adik dpt turn no.1 (3001). No.3 kat depan tu coding utk kanak2. Kalau ikut priority kat situ kira ok lah; coding 1 utk warga emas, coding 2 utk baby, coding 3 utk kanak2, & coding 4 utk dewasa. Coding 1 & 2 akan masuk bilik Dr yg sama, coding 3 & 4 juga akan masuk bilik Dr yg sama.

8.15-8.45pg, patient makin ramai, kami tunggu….. Adik happy tengok ikan dlm aquarium…..

9.00pg, Nurse dh start panggil nama patient, kami tunggu….. Adik mula brcakap dgn ikan…..

9.15pg, Adik start boring, meragam, penat, kami tunggu….. Ummi brjaya pujuk Adik makan+minum bekal yg dibawa dr rumah…..

10.00pg, Ummi tanya kat Nurse tu bila turn Adik…..

Ummi: Puan, sy nk tanya, lama lagi ke turn anak sy? (sambil tunjuk no. 3001 yg tertera pd kertas giliran yg Adik dpt)
Nurse: Tunggu dulu, kita tak ikut no giliran, ada patient lain 2org sebelum dia

Adik bertambah tambah tambah boring, tengok ikan lg…..

…..mula panjat alat penimbang, juga panjat rak magazine…..

10.15pg, Ummi tanya kat Nurse yg sama td, bila turn Adik…..
Ummi: Puan, anak saya dh meragam, lama lg ke?
Nurse: Tunggu dulu, sampai td pukul berapa?
Ummi: 8.10pg sy dh register kat ENT ni (Ummi berusaha kawal suara, tak nak org tau yg kita sedang mood tak puas hati)
Nurse: Duduk dulu, nanti kita panggil

Sy memang dh tak boleh duduk. Bila Adik dh tak ok, Ummi pun seolah2 tak tenang jgk, kesian sgt kat Adik, nampak Adik penat sgt. Sy tengok kat board no, masa tu tertera no 4007. Masa tu sy tak puas hati sgt, coding 3 & 4 akan masuk bilik Dr yg sama, & priority yg sepatutnya coding 3 (kanak2) dulu, baru coding 4 (dewasa) (tp kenapa dia panggil patient dewasa sampai dh 7 org, tp patient kanak2 belum start panggil lg…??!! ini dh melampau…..!!)

Ummi berusaha jgk pujuk Adik, kesiannya, dia dh penat sgt…..

10.45pg, sy nampak ada seorang Nurse (India Muslim @anak Mami sy agak) keluar dr bilik Dr tu…..
Ummi: Puan, sy nk mtk tlg cek no ni (sambil tunjuk no. 3001), dr pg kami tunggu, anak sy dh tak ok ni
Nurse: Ok, Puan tengok no pd board nanti ya (katanya sambil senyum…lama pun takpelah, at least senyuman nurse tu mampu mendinginkan panas hati sy masa tu)

Ummi sempat ajar Adik tengok no. “Sayang, kalau kamu tengok no kat sana sama dgn no kertas kita ni kamu cakap Ummi ya”, kata sy sambil memujuknya. “Ok Ummiiii”, jawabnya, nasib baik dia jawab, bermakna sy masih berjaya tarik perhatiannya lg…..

…..sampai senget kepalanya tolong sy tengok no pd board tu…..

Then barulah tertera 3001 pd board giliran tu…..Sy terus dokong Adik yg tak berapa ok tu (Ya ALLAH, kesian Adik, susahnya time Abah tak dtg). Dr Adzreil bin Bakri yg bertugas masa tu.

Ummi: Assalamualaikum Dr
Dr: Waalaikumussalam, duduk

Adik dh start nangis, boring, rimas, penat…
Ummi: Adik jgn nangis ya, takpe Adik duduk dgn Ummi, Dr nk tengok sikit je
Dr: Kenapa tak jumpa audiologist dulu?
Ummi: Masa sy dtg sebelum ni memang ada buat hearing test tu & sy diberi appointment utk jumpa ENT je hari ni (hish geramnya, takkan lah kita yg kena decide nak jumpa sapa2 dulu…..)

Dr: Kena buat hearing test dulu baru jumpa ENT
Ummi: Ya Dr, itu sy tau, tapi masa sy jumpa dgn Dr Nor last appointment dulu dia ada bekalkan Loraten & mtk sy terus jumpa Dr hari ni (sy rasa suara sy dh agak tinggi masa tu, sgt tak puas hati sebenarnya; tunggu lama, dh dpt jumpa Dr gini pulak jdnya…..)
Dr: Takpelah, duduk kat kerusi sana biar sy tengok telinganya (agaknya Dr tu perasan yg sy dh mula tak puas hati, sebab tu dia kata “takpelah”…..)

Sy & sorang Nurse berusaha memegang Adik yg dh mula meronta2 sambil nangis
Dr: Telinga kiri ok, fluid tu makin kering, grommet elok lg. Sebelah kanan ni pun fluid dh makin kering, cuma grommet ni dh terkeluar, so kita kena remove sekarang. Puan pergi ke bilik depan yg dekat dgn meja registration tu, tunggu kita panggil utk remove grommet sebelah kanan ni. 3 bln lg kena dtg utk repeat hearing test, then kena jumpa ENT balik.
Ummi: Ok, tq Dr (lupa sy nk mtk maaf sbb trpaksa tinggikan suara td, tp rasanya Dr tu fhm sbb apa sy tak puas hati)

So, kena tunggu lg utk remove grommet tu…..nasib baik ada sorang patient je masa tu. Setel je remove grommet tu bergegas ke farmasi di level 3 utk dptkan ubat. Pun kena tunggu lama jgk sbb ramai patient yg nak amik ubat. Pharmacist tu bg Loraten yg bentuk tablet. Sy mtk tukar yg syrup sbb sebelum ni dh byk kali Adik dibekalkan dgn Loraten yg bentuk syrup. “Puan tunggu dulu, mungkin Dr tu tersilap order ubat ni, nanti kita mtk tukarkan dgn yg syrup” katanya. (alahai, kena tunggu lagi…..time ni la dia nk tersilap pulak…..Adik makin meragam masa tu)

Sambil tunggu Abah dtg jemput, kami pergi mkn kat café area lobby. Time Zohor baru sampai rumah, sakit sgt kepala, seolah2 nak tercabut biji mata rasanya, mungkin sbb cuaca agak panas, @mungkin jgk sebab berusaha utk kawal rasa tak puas hati sepanjang kat hospital tu.

Kalau ikutkan hati, rasanya dh malas nk pergi hosp buat check-up. Adik penat…Ummi pun penat, tp apa daya kita Dik, kita kena kuat utk lalui semua ini, utk hari ini, & juga hari2 yg akan datang. Ummi, Abah & Along nk tengok Adik mampu tersenyum sebagaimana kanak2 lain, InsyaALLAH.