Isnin, 12 Julai 2010

Terhantuk Dinding


Petang semalam lebih kurang 6.15ptg kepala Akram terhantuk pada dinding dalam bilik tidur. Memang dah menjadi rutin, anak2 sy (anak2 org lain pun agaknya…) lepas mandi mesti bergurau. Dah kerap sangat sy melarangnya, tp anak2 kita macam tu lah, apa yg kita larang, apa yg kita tak bagi, yg tu lah yg mereka suka sgt nak buat (mencabar kesabaran Ummi betul Along & Adik ni).

Masa terhantuk tu sy agak panic jugak, yg sy sempat buat hanyalah menutup belakang kepala Akram dgn tuala mandinya sambil beristighfar. Dia menangis bila melihat darah banyak keluar. Lukanya lebih kurang 1.5cm panjang. Dalam sekelip mata sj tualanya dah dipenuhi darah. (YA ALLAH, selamatkanlah anakku, kasihanilah anakku YA ALLAH, hentikanlah darah ni).

Apabila darah dh berhenti sy terus turun ke bawah memberitahu Abahnya yg sedang makan. Masa tu dia baru sj balik dr UKM menyiapkan kerja marking paper yg dia nk submit pg ni.

Ummi: Kepala Along terhantuk kat dinding, darah dh stop, tp rasanya kena bawa pergi clinic jugak la sebab tempat luka tu terbukak (terdedah) je. Takut2 bila Along gerak darah keluar lg.

Abah: Bersiap la, kita pergi sekarang.

Ummi: Sy call dulu, tanya clinic mana yg bukak sekarang ni.

Abah: Bersiap dulu baru call.

Saya terus naik atas, rasa pandangan gelap, tak tau nak amik baju mana, tak tau nak amik tudung mana (YA ALLAH, kenapalah anak aku yg terhantuk, kalau aku yg kena tentu lg senang, kenapalah kena dekat kepala, kalau kena tempat lain takde la aku ni bimbang macam ni. Subhanallah, kenapa aku ni byk sgt ber “kalau”, seolah2 tidak redha dgn apa yg berlaku).

Saya buat susu anak2 dan terus berkejar ke clinic, sampai kat Nilai lebih kurang 6.33ptg baru perasan yg Abahnya tertinggal wallet, terpaksa patah balik rumah. Agaknya masa tu panic sgt, hinggakan lupa bawa benda penting.

Sambil tunggu Abahnya amik wallet, sy call Dr Khamsiah bertanyakan samada Dr di An-Nur BBBangi boleh lakukan jahitan pd kepala Akram. Katanya An-Nur ada Dr utk emergency case 24 hours. Fuh lega, Alhamdulillah. Tp masa tu kami tak berani amik risiko kerana jarak antara Pajam & BBBangi agak jauh, sy minta Abahnya bawa ke mana2 clinic area Nilai.

Lebih kurang 7.05mlm kami sampai di Poliklinik Keluarga An-Najihah, Nilai. Ya ALLAH, ramainya orang, hinggakan kami terpaksa parking jauh. Tak sanggup nak tunggu lebih lama kami terus ke Pusat Perubatan Islam Darul Zaqwan yang tidak jauh dr situ. Dah selesai register, pembantu clinic dtg tengok keadaan kepala Akram. “Maaf puan, Dr kata kena bawa terus ke hospital, Dr tak berani nak buat jahitan bimbang ada jangkitan nanti”, katanya. Kami terdiam, terus keluar dari situ menuju ke kereta.

Abah: Kita terus ke An-Nur la ya.

Ummi: Ok. (Ish, serba tak kena rasanya, tadi nak terus pergi sana rasa jauh sangat, dtg yg dekat gini pulak jadinya, Ya ALLAH permudahkan segalanya, kasihanilah anakku).

Masuk kereta lagi sekali kepala Akram keluar darah dengan lajunya kerana terkena sentuhan kecil pada cermin kereta. Dia memang lasak orangnya, tak boleh duk diam, tu yg kepalanya terkena cermin.

Kami sampai di An-Nur 7.45mlm, orang agak ramai jugak, tp nasib baik ada 2 org Dr. Akram terus di bawa ke bilik kecemasan. Nurse bersihkan tempat luka & mencukur kepalanya sekitar bahagian luka.

Nurse: Puan tunggu, Dr solat maghrib dulu, darah dah berhenti, kita tak consider emergency la.

Saya: Ok

8.15mlm Dr. Ayman lakukan jahitan pada kepala Akram setelah dibius di kiri & kanan tempat luka tersebut. Akram tak nangis, tp matanya terpejam rapat menahan sakit. Kedua2 tangannya mencengkam bantal.

Along: Ummi sakit.

Ummi: Sikit je, Along istighfar ya, Ummi ada.

Alhamdulillah, 8.45mlm semuanya selesai dan kami terus balik rumah. Akram mendapat 2 jahitan. Dr bekalkan dgn 3 ubat minum (Cloxacillin-antibiotic 125mg, Nurofen 100mg utk demam & Leftose Syrup 60ml utk bengkak) & 1 ubat sapu (Foban Cream 5mg utk di sapu pd tempat luka). 3ptg hari ni Akram kena ke sana lagi untuk cuci luka & Sabtu (17-7-2010) nanti jahitan akan dibuka. Ya ALLAH, syukur kerana dipermudahkan segalanya.

Tiada ulasan: