Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
Jika kita menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berkelahi dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Penciptanya
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan, kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang kita cintai itu tidak kurang pentingnya dari kita
Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan
2 ulasan:
penuh bermakna..tersurat, jua tersirat..
assalam kak mawar,
apa khabar?
dah balik msia?
maaf lama tak update berita dripd akak....
fiza~fiezarmy
Catat Ulasan