Jumaat, 7 Oktober 2011

Tentang Kebahagiaan

Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan boleh musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kita semburkan kepada orang lain tanpa kita sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya







Seandainya kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah dukanya







Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibuka. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan buat kita.



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka





Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bergurau senda kerana itu akan membuatkan ceria selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana ibadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga mawar berduri kerana harum baunya





Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya






Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati, ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang