Isnin, 23 Ogos 2010

Pembedahan Ke-5, Alhamdulillah


5th Operation ~ Grommets & Plates
Hospital Serdang
Dr Mohd Adzriel Bakri, Dr Badruddin & Dr Syazwani Abd Razak
20 Ogos 2010 – Adik berusia 3 tahun 8 bulan 12 hari

Tiga hari lepas (Jumaat, 20 Ogos 2010, bersamaan 10 Ramadhan 1431H) Adham telah selamat menjalani pembedahan memasukkan Grommets dan Plates.

Sepanjang perjalanan ke sana dia meragam kerana lapar & dahaga. Dia diarahkan berpuasa dr 1 pg mlm sebelumnya sbg persediaan untuk operation. Seawal 7.45 pg kami dh register Adik di tingkat 4. Pukul 8 pg Adik dihantar ke Day Care Ward. Adik terus juga meragam, nasib baik Abahnya ambil cuti hari tu, bolehlah melayan Adik di wad. Sementara menunggu ketibaan Doktor bedah, Abahnya menemani Adik bermain di satu ruang yg disediakan utk kanak2 bermain tidak jauh dr katil Adik. Tepat jam 9.10 pg dia di bawa ke bilik bedah, Abahnya yg menemaninya kerana sy sememangnya tak sampai hati melihat permata hati sy menangis. Operation selesai pada pukul 10.15 pg, dan dia sedar sejam kemudian. Adik dibenarkan makan & minum, semuanya terkawal, dia tak muntah serta dapat makan macam biasa. Alhamdulillah, sy selalu yakin & berbaik sangka yg budak kecil Allah jaga.

Ujian untuk anak adalah ujian bagi ibu dan bapanya. Allah swt ingin menguji pergantungan hati kita kepada-Nya dalam menghadapi musibah yg berlaku kpd anak kita. Sabar & redhalah dalam menghadapinya. Allah swt sentiasa bersama2 org yg sabar, InsyaALLAH.

Terima kasih yg tak terhingga kepada semua ahli keluarga & sahabat kami atas doa & semangat yg diberi di saat2 kami melalui keperitan ini.

Khamis, 19 Ogos 2010

“Tempat tumpahnya darahku…”


Sekali dengar macam lirik lagu Negaraku… “Negaraku, tanah tumpahnya darahku…”. Ni sebenarnya bukan berkaitan dgn lirik lagu, tp berkaitan dgn Waja WMT2637 kami. Dua hari lepas kami dah jual WMT tu pd used car di Puchong.

Sedih, memang sedih sgt2, ditambah dgn sayu & hiba lagi. Sebabnya itulah 1st car kami setelah 5 tahun dia berkhidmat kpd kami 4 beranak.

Kenangan yg paling mahal adalah, atas kusyen belakang WMT itulah tempat tumpahnya darah & air ketuban sy (3 pg, 1 Ogos 2005) ketika dlm perjalanan ke HUKM utk bersalin permata hati pertama kami, Along Akram.

Kami beli WMT tu pun sebab sayang & cinta kami pd Along. Dulu kami kemana2 hanya menaiki motorsikal; kerja, shopping dan jalan2. Setelah 5 bulan sy mengandungkan Akram, sy dh tak boleh naik motorsikal lg. Rasa tak selesa dan agak sakit setiap kali menaikinya, lebih2 lagi setiap bulan perlu check-up di Az-Zahrah Bandar Baru Bangi. Masa tu sy rasakan jarak antara Bandar Seri Putra dgn Bangi amat jauh sekali, seksa sgt2 setiap kali pergi check-up.

Selamat jalan WMT, terima kasih atas khidmat cemerlangmu kpd kami sekeluarga…

Jumaat, 13 Ogos 2010

Grommets & Plates untuk Adham


Hari ni 3 Ramadhan 1431H, bermakna dah 3 hari umat Islam berpuasa. Akram hanya breakfast kat rumah & makan bila balik dr tadika. Sepanjang di tadika (8pg – 5ptg) dia “berpuasa”, dia agak malu & segan nak makan di tadika kerana ada kawan2nya yg puasa. Nasib baik Adham takde lagi rasa segan macam Alongnya. Sy bukanlah tak menggalakkan anak2 berpuasa, tp plan nk start next year (masa tu Akram 6 thn & Adham 5 thn). Cuma mungkin agak susah sikit kerana anak2 sy makan dahulu sebelum ke tadika. Anyway, tahniah kpd ibu2 yg berjaya mendidik anak2 berpuasa seawal usia 4@5 thn.

Semalam Adham ada appointment dgn dental, Dr Kalai di Hosp. Serdang. Sy membawa bersama speech report yg telah di email oleh Teacher Siti utk rujukan Dr Kalai.

Recommendation from Teacher Siti; it is highly recommended for Adham to have consistent speech therapy session to improve the speech quality, and it is also recommended to close the big fistula to improve the speech quality. SLP believe the speech quality can be improved when the fistula is close.

Dr Kalai memutuskan utk meletakkan plates next Friday, iaitu pd hari yg sama dgn operation Adham utk memasukkan grommets (tiub dlm telinga tengah). Plates ini diletak utk menutup lubang pd lelangit Adham bg membantu speech development.

Semoga apa yg Dr plan utk Adham dpt membantunya hidup sempurna sebagaimana anak2 lain.

REMEMBER;

• We don't know what causes a cleft of the lip and palate.
• You need to take special care of your child's mouth and teeth.
• Your child's ears, nose and throat should be checked regularly.
• Try to treat your cleft lip and palate child as normally as possible.
• The fact is cleft lip and palate are treatable and you are not alone.