Isnin, 24 Mei 2010

Kesian Anak-anak


Masuk hari ni dah seminggu saya demam. Pagi ni terpaksa gagahkan diri dtg ke UPM untuk menyambung kerja2 yang dh lama tertangguh. Nasib baik Abahnya volunteer nak tolong hantarkan. Sepanjang minggu lepas anak-anak ada exam, dari Isnin hinggalah ke Jumaat, moga Akram & Adham dapat buat yang terbaik utk Ummi & Abah. Tapi Adham tak dapat amik semua exam; Isnin tu dia ada appointment dgn CDC (Child Development Centre) di HUKM dan Jumaat tu pulak dia ada appointment dgn pakar orthodontics di Hospital Serdang dgn pakar dari Klinik Pergigian Seri Kembangan. Kesian dia kerap di bawa ke hospital & klinik, mesti dia penat. Nasib baik dia dapat buat exam yang tertinggal tu pada minggu ni, thank you teacher!!

Balik dari CDC Isnin lepas saya demam, agaknya berjangkit semasa di HUKM pagi tu. Badan saya lemah sangat kerana demam, batuk, selsema, sakit kepala dan pening berlaku serentak, nak solat pun tak larat nak berdiri. Pergi klinik dapat MC dua hari. Kesian anak2, time mereka exam, saya pulak yang tak sihat, malam2 anak2 nak buat revision pun saya tak larat nak bantu, terpaksalah Abahnya yang ambil alih tugas saya menemani anak2 belajar. Dah pulak tu badan mereka juga dah mula panas dan batuk2, lebih2 lagi bila time malam, agaknya berjangkit dr saya, nasib baik ada stanby ubat kat rumah. Terpaksa juga hantar ke tadika sebab ada exam, lagipun saya tak larat nak jaga mereka kat rumah, kesiannya, maafkan Ummi Along & Adik ya…

Pagi Sabtu tu pulak seperti biasa Adham ada speech therapy di Shah Alam. Tapi semalam (Ahad) kami tak kemana2, saya pun tak larat sangat. Sekali fikir kesian jugak kat anak2, weekend terperap je kat rumah, tapi apa nak buat memang saya tak larat sangat2, ditambah pulak dengan sakit belakang.

Jumaat, 14 Mei 2010

Sebelum kita mengeluh, fikirkan…


Hari ini…

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi tidak dikurniakan anak.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan…

Di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Isnin, 10 Mei 2010

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak2 dan penyelesaiannya


1. Kurang berdoa dalam mendidik anak2.
Doa ibu bapa terhadap anak2 sangat makbul. Bangun malam untuk mendoakan anak2.

2. Memperkecilkan kebolehan anak2.
Pupuklah kebolehan anak2 walaupun kecil sebagai mendidik emosi anak2 supaya ada keyakinan diri.

3. Lebih banyak memberikan belaian yang negatif daripada belaian positif.
Kata pujian sebagai vitamin untuk membunuh sifat negatif seseorang.

4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak2.
Berbuallah dengan anak2 supaya kita dapat memahami jiwa anak2 dan anak2 pula akan merasakan kita bersama dengan mereka.

5. Kurang memberikan sentuhan kepada anak2.
Sentuhan emosi. Sentuhan fizikal. Sentuhan suara. Sentuhan penglihatan.

6. Menegur secara negatif.
Walaupun anak2 melakukan kesalahan hendaklah menegur dengan menyebut dahulu sifat yang baik yang ada pada anak.

7. Membenarkan orang yang tidak baik sahsiahnya berkawan dengan anak2.
Tidak boleh menghalang anak2 berkawan tetapi ibu bapa mesti kenal siapa kawan anak2.

8. Kurang mengasuh anak2 membuat kerja rumah.
Melatih buat kerja seperti menolong ibu bapa mengemas rumah untuk melatih hidup berdikari dan rasa bertanggungjawab.

9. Kurang mendedahkan kepada anak2 erti kesusahan.
Melawat kampung orang2 miskin.

10. Pilih kasih kepada anak2.
Berikan kasih sayang kepada anak2 tidak melebihkan yang bijak dan cantik sahaja. Yang tidak pandai tidak diberikan kasih sayang.

11. Tidak meraikan anak ketika ke sekolah dan balik dari sekolah.
Menghantar anak2 ketika hendak ke sekolah hingga ke pintu rumah.

12. Tidak banyak masa bersama anak2 dan kurang sentuhan kepada emosi anak2.
Luangkan masa bersama anak2 walaupun pendek tetapi maksimumkan.

13. Tidak melihat di dalam diri anak2 ada emas – potensi diri anak2, akademik atau kemahiran. Anak2 ibarat sebiji bawang.

14. Terlalu memanjakan anak2.
Kemewahan yang berlebihan akan menjadikan anak2 sukar untuk dididik berdikari.

15. Mungkir janji kepada anak2.
Anak2 akan hilang kepercayaan secara tersembunyi kepada ibu bapa yang mungkir janji.

16. Kurang menunjukkan minat kepada aktiviti anak2.
Tunjukkan minat ingin tahu kepada aktiviti anak2 supaya tidak terjebak aktiviti yang tidak sihat.

17. Kurang memberikan perhatian kepada pertanyaan atau kemusykilan anak2.
Tunjukkan minat dan kesungguhan untuk mendengar masalah anak2 supaya anak2 tidak memendam perasaan segala masalah yang dihadapi.

18. Menggunakan kaedah mengancam atau mengugut anak2 untuk mendapatkan perhatian atau tindakan.
Gunakan pendekatan yang hikmah untuk mendapatkan perhatian anak2.

19. Mempunyai tanggapan yang negatif terhadap anak2.
Tanggapan negatif terhadap anak2 akan mewujudkan jurang perhubungan emosi antara anak dan ibu bapa.

20. Kurang berbincang dan kurang memberi layanan kepada pandangan dan pendapat anak2.
Menerima pandangan anak2 akan melatih anak2 berfikir dan melatih mempunyai sifat kepimpinan.

Khamis, 6 Mei 2010

Jauh perjalanan, luas pemandangan, hati anak2 riang


Malam tadi kami sampai rumah dalam 10:40 mlm. Fuuuh memang penat; lenguh seluruh badan, pening dan sakit kepala, dan macam nak patah pinggang, tapi yang lebih penting Along dan Adik seronok sangat dapat balik kampung.

Jauh sangat rasanya perjalanan kami; dari Pajam ke Wakaf Aik ke Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubur, patah balik ke Wakaf Aik, kemudian ke Langkap (Setiu), patah balik lagi sekali ke Wakaf Aik, singgah di Cameron Highlands, dan barulah sampai semula ke rumah kami di Pajam.

Cuti sakan kami sekeluarga, Along dan Adik suka sangat dapat kejar ayam dan kucing Tok Mek, dapat main dengan Abang Me dan Adik Malin, dapat jumpa Tok Ma dan Tok Ayah, dapat beli baju The Cars dan mainan Ultraman dan Digimon, dapat naik motorsikal Tok Ayah, dapat petik strawberi dan minum teh di Sungai Palas BOH Plantation.

Dah habis bercuti ni rutin harian kami akan kembali seperti sediakala; Along dan Adik ke tadika, Abahnya pergi ofis dan saya ke UPM menyiapkan tesis yang masih lagi tergantung…

“Cara terbaik untuk membentuk seorang anak menjadi baik adalah dengan membuatnya sebaik mungkin sentiasa merasa bahagia”.