Isnin, 10 Mei 2010

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak2 dan penyelesaiannya


1. Kurang berdoa dalam mendidik anak2.
Doa ibu bapa terhadap anak2 sangat makbul. Bangun malam untuk mendoakan anak2.

2. Memperkecilkan kebolehan anak2.
Pupuklah kebolehan anak2 walaupun kecil sebagai mendidik emosi anak2 supaya ada keyakinan diri.

3. Lebih banyak memberikan belaian yang negatif daripada belaian positif.
Kata pujian sebagai vitamin untuk membunuh sifat negatif seseorang.

4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak2.
Berbuallah dengan anak2 supaya kita dapat memahami jiwa anak2 dan anak2 pula akan merasakan kita bersama dengan mereka.

5. Kurang memberikan sentuhan kepada anak2.
Sentuhan emosi. Sentuhan fizikal. Sentuhan suara. Sentuhan penglihatan.

6. Menegur secara negatif.
Walaupun anak2 melakukan kesalahan hendaklah menegur dengan menyebut dahulu sifat yang baik yang ada pada anak.

7. Membenarkan orang yang tidak baik sahsiahnya berkawan dengan anak2.
Tidak boleh menghalang anak2 berkawan tetapi ibu bapa mesti kenal siapa kawan anak2.

8. Kurang mengasuh anak2 membuat kerja rumah.
Melatih buat kerja seperti menolong ibu bapa mengemas rumah untuk melatih hidup berdikari dan rasa bertanggungjawab.

9. Kurang mendedahkan kepada anak2 erti kesusahan.
Melawat kampung orang2 miskin.

10. Pilih kasih kepada anak2.
Berikan kasih sayang kepada anak2 tidak melebihkan yang bijak dan cantik sahaja. Yang tidak pandai tidak diberikan kasih sayang.

11. Tidak meraikan anak ketika ke sekolah dan balik dari sekolah.
Menghantar anak2 ketika hendak ke sekolah hingga ke pintu rumah.

12. Tidak banyak masa bersama anak2 dan kurang sentuhan kepada emosi anak2.
Luangkan masa bersama anak2 walaupun pendek tetapi maksimumkan.

13. Tidak melihat di dalam diri anak2 ada emas – potensi diri anak2, akademik atau kemahiran. Anak2 ibarat sebiji bawang.

14. Terlalu memanjakan anak2.
Kemewahan yang berlebihan akan menjadikan anak2 sukar untuk dididik berdikari.

15. Mungkir janji kepada anak2.
Anak2 akan hilang kepercayaan secara tersembunyi kepada ibu bapa yang mungkir janji.

16. Kurang menunjukkan minat kepada aktiviti anak2.
Tunjukkan minat ingin tahu kepada aktiviti anak2 supaya tidak terjebak aktiviti yang tidak sihat.

17. Kurang memberikan perhatian kepada pertanyaan atau kemusykilan anak2.
Tunjukkan minat dan kesungguhan untuk mendengar masalah anak2 supaya anak2 tidak memendam perasaan segala masalah yang dihadapi.

18. Menggunakan kaedah mengancam atau mengugut anak2 untuk mendapatkan perhatian atau tindakan.
Gunakan pendekatan yang hikmah untuk mendapatkan perhatian anak2.

19. Mempunyai tanggapan yang negatif terhadap anak2.
Tanggapan negatif terhadap anak2 akan mewujudkan jurang perhubungan emosi antara anak dan ibu bapa.

20. Kurang berbincang dan kurang memberi layanan kepada pandangan dan pendapat anak2.
Menerima pandangan anak2 akan melatih anak2 berfikir dan melatih mempunyai sifat kepimpinan.

Tiada ulasan: