Jumaat, 6 Julai 2012

Terima Kasih Semua, Moga Jumpa Lagi

Kami sekeluarga telah selamat kembali ke Malaysia, specifically Pajam, Negeri Sembilan pada 1st June 2012 yang lalu. Sedar tak sedar dah lebih sebulan sebenarnya kami berada di tanahair tercinta ini.

Agak lambat update blog ini sebenarnya atas beberapa sebab;

1. Kemas rumah sebab dah lama tinggal – ada cockroaches mati (mujur bukan lizard/mouse mati)
2. Balik kampung jumpa ahli keluarga sambil prepare pakaian sekolah & ambil kereta
3. Register school; Along di SK Batang Benar, Mantin & Abang Ngah di Taski ABIM Mantin, juga kelas tahfiz di Tahfiz Ar-Raudhah Mantin buat Along
4. Jumpa Supervisor
5. Ambil kereta kat Kuantan
6. Pergi ofis, Pejabat Bendahari UPM & SGS-UPM setelkan urusan study
7. Pergi UKM – belajar GMM & jumpa kawan
8. Pergi Kuantan
9. Appointment dengan Dr Haslina
10. etc. – list dah panjang ni…

Kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 di Bowburn atas bantuan serta perkongsian kenangan juga pengalaman sepanjang berada di sana (July 2011 – May 2012). Hanya ALLAH swt jua yang berhak menilainya.

Kami mengharapkan agar silaturrahim yang telah terjalin ini tetap berkekalan hendaknya. Kami doakan moga kalian berjaya di dunia & akhirat serta moga berkesempatan jumpa lagi, InsyaALLAH.