Ahad, 11 November 2012

Terima Kasih Cikgu…!!

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada semua Cikgu, Ustaz, & Ustazah yang mengajar Akram & Adham dengan penuh kesabaran & komitmen sepanjang tahun 2012 ini, hanya ALLAH SWT jua yang mampu membalasnya

Rabu, 24 Oktober 2012

Salam Aidiladha 1433H

Selamat Hari Raya Korban kepada semua ahli keluarga, jiran tetangga, juga sahabat handai di mana jua berada

Buat renungan kita bersama,

Rasullullah SAW bersabda, “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. – Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Antara Hikmah Korban adalah;

i. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyahut perintah ALLAH SWT untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS

ii. Melahirkan tanda bersyukur kepada ALLAH SWT terhadap nikmat2-NYA yang melimpah-ruah

iii. Menanamkan perasaan kasih sayang antara sesama insan

Rabu, 29 Ogos 2012

Aidilfitri 1433H yang “Suram”

Syawal sememangnya diraikan dengan kemeriahan sebagai tanda kemenangan juga kesyukuran kita terhadap Yang Maha Pencipta. Namun, di celah2 kemeriahan itu terselit sedikit musibah yang mencalarkan kebahagiaan Aidilfitri kami pada 1433H kali ini.

3 Syawal 1433H (Selasa, 21 August 2012)
Membuat report di IPD Tumpat, Cawangan Trafik kerana kereta kami dilanggar oleh sebuah motosikal di Geting, Pengkalan Kubor ketika menziarahi sepupu yang kurang sihat. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada keesokan harinya, Al-Fatihah…

4 Syawal 1433H (Rabu, 22 August 2012)
Ayah saya diserang strok lagi, kali ini di bahagian saraf muka menyebabkannya sukar untuk bercakap serta makan & minum. Beliau mula diserang strok pada 23 Oct 2006 bersamaan 1 Syawal 1427H iaitu 6 tahun yang lalu. Ayah saya di tahan di wad sejak 4 Syawal sehingga ke hari ini. Sekarang beliau hanya diberikan susu melalui tiub di hidung. Semoga ALLAH memberikan kurniaan yang terbaik buat ayah saya.

Buat renungan kita bersama, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan2nya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun2nya" ~ HR Bukhari & Muslim.

9 Syawal 1433H (Isnin, 27 August 2012)
Kami membawa Abang Ngah ke An-Nur kerana badan panas sangat secara tiba2. Dr membekalkan ubat demam yang perlu dimasukkan melalui punggung sekiranya suhu badan naik secara mendadak lagi.






10 Syawal 1433H (Selasa, 28 August 2012)
Pagi semalam Abang Ngah ada dental appointment di Hospital Serdang. Dr terpaksa mencabut gigi atas Abang Ngah kerana akarnya telah keluar dari tulang gusi, serta menampal 2 gigi yang lain. Kesian juga kami tengok sebab Abang Ngah ternganga selama 14 minit (9.55am – 10.09am) untuk menyelesaikan rawatan itu.



Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Tinggal Ramadhan & Salam Aidilfitri 1433H

Ramadhan kali ini sudah hampir ke penghujungnya, semoga amal ibadat kita di terima oleh-NYA & diberikan ganjaran yang sebaiknya buat bekalan kita di “alam kekal itu” nanti serta semoga kita berpeluang melalui Ramadhan pada masa mendatang, InsyaALLAH.

Kami akan bertolak balik kampung sekitar lepas Zohor hari ni, semoga perjalanan kami selamat hendaknya.

Anak2 masih lagi belum sihat sepenuhnya sejak demam+batuk+selsema+hidung berdarah dari 7 August 2012 lagi. Kami doakan moga ALLAH mengurniakan kesihatan tubuh badan yang terbaik buat anak2.

Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua keluarga & sahabat kami di mana jua berada. Wassalam.

Jumaat, 6 Julai 2012

Terima Kasih Semua, Moga Jumpa Lagi

Kami sekeluarga telah selamat kembali ke Malaysia, specifically Pajam, Negeri Sembilan pada 1st June 2012 yang lalu. Sedar tak sedar dah lebih sebulan sebenarnya kami berada di tanahair tercinta ini.

Agak lambat update blog ini sebenarnya atas beberapa sebab;

1. Kemas rumah sebab dah lama tinggal – ada cockroaches mati (mujur bukan lizard/mouse mati)
2. Balik kampung jumpa ahli keluarga sambil prepare pakaian sekolah & ambil kereta
3. Register school; Along di SK Batang Benar, Mantin & Abang Ngah di Taski ABIM Mantin, juga kelas tahfiz di Tahfiz Ar-Raudhah Mantin buat Along
4. Jumpa Supervisor
5. Ambil kereta kat Kuantan
6. Pergi ofis, Pejabat Bendahari UPM & SGS-UPM setelkan urusan study
7. Pergi UKM – belajar GMM & jumpa kawan
8. Pergi Kuantan
9. Appointment dengan Dr Haslina
10. etc. – list dah panjang ni…

Kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 di Bowburn atas bantuan serta perkongsian kenangan juga pengalaman sepanjang berada di sana (July 2011 – May 2012). Hanya ALLAH swt jua yang berhak menilainya.

Kami mengharapkan agar silaturrahim yang telah terjalin ini tetap berkekalan hendaknya. Kami doakan moga kalian berjaya di dunia & akhirat serta moga berkesempatan jumpa lagi, InsyaALLAH.

 





Khamis, 29 Mac 2012

Alhamdulillah, Syukur…

Alhamdulillah, kami panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ini kepada ALLAH, hanya DIA sahaja yang berhak menerimanya di atas segala sesuatu itu.

Sekarang ini (sejak 7 Mac 2012) Along telah pandai membaca. Kami gembira sangat2, itulah salah satu harapan kami sejak awal tahun ini. ALLAH makbulkan doa kami, syukur…syukur…syukur…Alhamdulillah.

Khamis, 1 Mac 2012

Parents Evening Ke-2

Semalam, 5-6 petang kami ke school untuk attend Parents Evening buat kali keduanya untuk musim spring ni. Memang sebelum ni kami pernah attend 1st Parents Evening musim summer dulu.

Alhamdulillah, anak2 menunjukkan beberapa improvement sepanjang study kat sini. Kepada ALLAH jua kami panjatkan kesyukuran ini.

Masa 1st Parents Evening dulu, Mrs Noble; Abang Ngah Class Teacher kata, “He is a shy boy”.

Dan semalam katanya, “Adham is good in drawing and colouring, amazing and neat handwriting and can do the work/writing faster”. Terasa lapang dada kami mendengarnya.

Untuk Along pula, sebelum ni Mr Soppitt; Along Class Teacher kata, “He is very good in Maths”.

Dan semalam katanya, “Akram is excellence in Maths, great handwriting, fantastic in drawing and awesome in colouring. Akram also like play football. He can’t read because English is not your first language, so it is quite hard for him; however Akram can sound the words using Jolly Phonics, like c-a-t =cat, d-o-g =dog. Akram good in understand and can answer the questions when teachers and friends help him read the questions, I’m happy on Akram ability”.

Along & Abang Ngah, tiada seorang pun yang dilahirkan sempurna, namun orang yang mahu belajar dari kesalahan adalah orang yang bijak, percayalah… Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak2 kami ini.

Jumaat, 24 Februari 2012

Abang Ngah Dapat Present Jugak

Today Abang Ngah happy je sebab dapat present. Teacher kata present tu untuk Abang Ngah sebab behave kat school; masa study duduk elok2, masa makan tak ganggu kawan2, & selalu kemas toys bila selesai sesi main.

School kat sini bukan sahaja academic yang dinilai, disiplin & attitude anak2 juga turut diambil kira.

Selasa, 21 Februari 2012

Congratulation Along!

Syukur Alhamdulillah, last month Along dapat present sebab; excellent in Mathematics dan juga great handwriting.

Entry ini agak terlambat kerana; kebetulan anak2 cuti sekolah (Spring Half-Term 2012) seminggu dan sebelum tu saya tak sihat (sakit kepala, sakit tekak, selesema, batuk, & demam serentak) berlarutan selama 10 hari. So, lambat pun takpe lah ya Sayang, asalkan ada sesuatu kenangan buat kamu bila kamu dah besar nanti.

Ahad, 5 Februari 2012

It’s Snow Time

Snow mulai turun di area Durham ni sejak tengahari semalam. Ada kegusaran di hati kami kat sini, bimbang ianya menyukarkan anak2 untuk pegi school serta takut ianya menjejaskan kesihatan. Moga ianya cepat berlalu.

Khamis, 19 Januari 2012

Class Photographs 2011

Ni gambar anak2 bersama teachers & friends masa class photographs pada 14 October 2011 yg lepas.

Class Along: Year Two (Sharks)
Class Teacher: Mr Andrew Soppitt

Class Abang Ngah: Reception (Shrimps)
Class Teacher: Ms C Noble

Rabu, 4 Januari 2012

Back to School 2012

Happy! Happy! Happy! Happy New Year 2012!

Pagi tadi kamu berdua 1st day pegi school setelah bercuti panjang sempena Christmas Day. Syukur semuanya dalam keadaan terkawal, kamu tak meragam sikit pun. Start bangun pagi, siap pakai uniform & breakfast macam biasa (breakfast lebih banyak dari biasa sebenarnya).

Kawan2 kamu kat Malaysia akan mula sesi persekolahan yang baru, tapi kamu kat sini sesi persekolahan lain sikit dari Malaysia. Sesi persekolahan yang baru akan mula pada setiap September. So, walaupun dah masuk tahun 2012 ni, Abang Ngah still kat Reception Class & Along still kat Year Two jugak.