Selasa, 28 Disember 2010

Adik & Ummi di Hospital Serdang

Semalam Adik ada 2 appoinment di Hosp Serdang; pg jumpa dgn audiologist utk buat hearing test, & tengahari jumpa dgn pakar ENT utk mengetahui tahap perkembangan pendengarannya.

Along terpaksa jg kami hantar ke tadika w/pun dgn berat hati. Dia menangis & meronta2 tak nak keluar dr kereta kerana nak ikut kami ke hosp, lagipun chicken-poxnya masih belum ok sepenuhnya, kesian Along…

Sayang sekali Abah tak dpt menemani kami, hanya menghantar kami di lobby hosp (inilah yg membuatkan sy resah, macam mana kalau Adik meragam nanti, susah jgk nak melayannya kalau sy sorang2).

Masa mula2 sampai Adik cool je…



Patient agak ramai jugak (harap2 Adik tak meragam nanti). Tapi setelah setengah jam berlalu, mood pun terus berubah, dh start boring dah.

Bila dh boring mula la buat berbagai2 aksi; muka raksasa la, main duit dlm beg Ummi la, siap kira lubang pd kerusi lg…




Setelah menunggu 1 jam 25 minit (1115am-1240pm) barulah sampai turn Adik utk jumpa dgn audiologist. Buat hearing test pun agak detail, jg mengambil masa yg agak lama (kurang 5 minit, hampir 1 jam). Tak tahu berapa kali Adik menguap. Sy tengok mukanya semacam je…boring. Nasib baik tak nangis (anak Ummi ni very good la).

“Eeiii lamanya…letihnya…, Adik nak balik lah”, katanya setelah keluar dr bilik audio tu.
“Sayang duduk dulu ya, kita tunggu Abah dtg, nanti kita pegi kedai beli nasi & sticker ya”, sy membalas sambil meribanya (ishh macam mana ni, kejap lg nk kena jumpa dgn Dr ENT pulak).

Ummi berusaha pujuk Adik, takut2 bila dia dh start nangis laagi susah…


Nasib baik kami terus dipanggil utk jumpa Dr ENT, iaitu Dr. Nor Haslinda Mohari, pegawai perubatan yg bertugas pd masa tu. Rupanya kami last patient utk sesi tengahari tu. Semasa Dr check telinganya, dia dh start nangis, sakit katanya. Entahlah, tambahan pula dia pun dh penat.

Dr. Nor: Dah lebih 4 bulan kita masukkan grommets (tiub telinga) dlm telinga Adham, tapi mengikut report audiologist ni tahap pendengarannya masih sama antara sebelum ada grommets dgn selepas ada grommets. Memang agak sukar fluid dlm telinga tengahnya utk kering sepenuhnya bg patient yg ada cleft. Puan ada perasan tak sebarang perubahan antara sebelum ada grommets dgn selepas ada grommets ni?

Ummi: Dr, sy tengok memang sama je. Tp sebenarnya memang susah nak pastikan samada dia dengar ataupun tidak sebab selalunya dia akan tengok gerakan bibir apabila kita cakap. Jd sy sendiri pun tak pasti dia faham apa yg kita ckp melalui apa yg dia dengar @pun apa yg dia lihat.

Dr. Nor: Kita dapati Adham ada masalah pendengaran bg kedua2 belah telinganya. Namun keadaannya masih lagi pd peringkat yg rendah. Dlm keadaan percakapan kita yg biasa ni dia boleh dengar, tp kalau org berbisik dia tidak dpt dengar.

Ummi: Sy kerap juga test benda ni, dtg dr arah belakangnya & bisikkan sesuatu, tp memang dia akan segera menoleh utk tengok gerakan bibir kita.

Dr. Nor: Macam ni lah puan, buat masa ni kita bekalkan ubat utk bantu keringkan fluid dlm telinganya dulu. Then kita check 3 bulan lg, tengok perkembangannya nanti.

Ummi: Ok Dr, t.kasih banyak2 ya.

Semasa Abahnya datang jemput kami, Adik masih lg nangis & terus meluru utk didukung. Sy terus ke farmasi di level 4 utk ambil ubat. Pukul 3 ptg kami beredar dr sana. Kami singgah di tadika utk mengambil Along & terus balik rumah. Abahnya hanya menghantar kami, kemudian terus berlalu ke ofis… (kesiannya dia, tentu dia penat terkejar sana sini).

Ni bekalan ubat Adik utk 3 bulan, semoga ia dpt membantu mengeringkan fluid dlm telinga Adik dgn izin-NYA, Aaamiin… (budak kecik ALLAH sayang. Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan hidup anak ini dunia & akhirat).

Ahad, 26 Disember 2010

Rasa Bersalah Sangat


Skrg ni dh hampir pukul 1 pg, sy tgh study di bilik, tiba2 rasa bersalah mghantui diri…rasa bersalah sgt, rasa sayu sgt, rasa serba tak kena….

Sy terus ke bilik tidur menjenguk Along, Adik & Abahnya. Alhamdulillah, ketiga2nya dh nyenyak tidur. Dua jam tadi Along nangis nk tidur dgn sy, Adik pun merengek2 minta perhatian dr sy. Kesian Along, chicken-poxnya masih belum baik sepenuhnya lg.

Tiap kali anak2 tak sihat sy akan menemani mereka tidur. Bagi sy sentuhan kulit antara ibu & anak akan mempercepatkan proses penyembuhan anak2. Namun utk mlm ni sy memang betul2 tak dpt penuhi permintaannya, kerana ada assignment yg perlu submit dlm waktu terdekat ni. Tambahan pula esok tak sempat nak study kerana Adik ada dua appointment di Hospital Serdang.

“Along, Adik…, Ummi mohon maaf. Bila kamu besar nanti kamu akan faham betapa sayangnya Ummi kpd kamu berdua. Kamu akan faham kekangan Ummi sbg ibu & dlm masa yg sama sbg student, sememangnya memerlukan pengorbanan yg sgt besar. Ummi sentiasa berusaha menjadi ibu yg sempurna, namun apa daya Ummi, kedua2nya memerlukan perhatian yg sewajarnya; baik rumahtangga mahupun kerjaya”.

“Sayang tidur elok2 ya, takpe Abah ada…., Ummi sayang Along & Adik”.

Ahad, 19 Disember 2010

Chicken-Pox Along makin banyak



Sy susah hati la, kesian kat Along, chicken-pox Along makin banyak dr semalam. Di badan makin bertambah, siap ada di kepala & muka lg. Tangan dia tu sibuk je tergaru2, geram betul la. Susah rsnya kalau anak yg sakit, lg senang kalau kita yg sakit.

Tok Ma call bgtau yg dia akan pos ubat dr kg. Syukur, harap2 esok sampailah ubat tradisional dr Kelate tu.

Hari ni pun kena layan anak2 sorang. Dugaan betul… Abah pg2 lg dah keluar, kena marking skrip jwpn students. Tengahari pulak terus ke KL, ada majlis kawin anak Dr Noor Aini. Petang pulak terus ke Bangi, juga menghadiri majlis kawin anak Dr Redzuan. Tak tau la pukul berapa Abah sampai rumah nanti, rs2nya lewat petang. Sayang sekali sy & anak2 tak dpt ikut. Memang ramai betul org buat majlis kawin time cuti sek ni, boleh dikatakan setiap minggu dlm bulan Nov & Dec ni kami ada jemputan.



Buat Dr Noor Aini & Dr Redzuan, sy mohon berbanyak2 maaf sbb tak dpt memeriahkan hari bersejarah anak2 Dr. Saya doakan moga rumahtangga mereka sentiasa dlm lindungan-NYA. Memang plan asal nak pergi 4 beranak (dah siap iron baju awal2 lg). Terima kasih byk2 Dr atas ilmu yg Dr curahkan sepanjang sy jd student Dr dulu, hanya Allah jua yg dpt membalasnya.

Sabtu, 18 Disember 2010

Along Batuk, Demam & Chicken-Pox

Kesian Along…

Malam tadi tiba2 batuk teruk, dr lepas Isyak hingga menjelang pg, sampai tak dapat tidur, hampir jam 2pg pun batuknya masih tak kurang, sy pun tak pasti pukul berapa dia betul2 dpt lelapkan mata.

Bangun pg td tiba2 demam & ada bintik2 merah berair kat seluruh badan (chicken-pox) pula. Alahai, dr 1 problem skrg ni dh jd 3 pulak. Kami bersiap2 utk ke Shah Alam kerana spt biasa Adik ada speech theraphy 11pg-12tghr.

Selesai je speech Adik, kami terus bawa Along ke klinik di Bangi. Memang sah; Dr bagitau yg bintik2 tu adalah chicken-pox. Along dibekalkan dgn 3 jenis ubat; 2 ubat minum (batuk & demam) & 1 lotion utk disapu di seluruh badan.

Ptg td Along nangis je sambil tangannya menggaru2 tpt yg ada bintik2 merah tu… Rimas, gatal, tak selesa…

Malam ni pulak Abahnya ada kelas ganti (kerana out-station last week) di KL dr 7.00-10.30mlm. Selalunya pukul 11 lebih baru sampai rumah. Jenuhlah sy nak melayan karenah Along sorang2 tanpa Abahnya skrg ni.

Ya Allah, Ummi doakan moga Along cepat sembuh & moga ianya tidak berjangkit pd Adik.




Jumaat, 17 Disember 2010

Bermesra dengan Alam

Spt biasa setiap ptg sy @ abahnya akan menjemput anak2 di tadika. Petang td sy yg menjemput anak2. Masuk je dalam kereta sy tengok anak2 moody je.

Along: Along tak nak dah pegi tadika (muncung je…)
(Ya Allah, ni salah satu sentence yg agak ngeri di telinga sy. Kenapa pulak anak2 aku ni, moody semacam je)

Ummi: Kenapa Sayang? Cuba Sayang cakap dgn Ummi
Adik: Emm, Adik pun sama, Adik tak nak dah pegi tadika, tak nak, tak nak
Along: Ada orang cakap Along kepala botak…botak licin
Adik: Emm, Adik pun sama, ada orang cakap kepala Adik botak
Ummi: Taaak, ni bukan botak, ni rambut pendek. Orang laki2 mesti rambut pendek, baru la nampak hensem. Kalau botak tu mcm Upin Ipin, tak ada rambut. Ni bukan botak. Siapa yg cakap mcm tu?
Along: Budak pompuan tu, Along pun tak tau sape nama dia
Ummi: Org pompuan memang la rambut panjang. Tapi org laki2 mesti rambut pendek. Cuba kamu tengok, Abah pun rambut pendek, kan!?
Along: Tak nak, Along tak nak jugak pegi tadika
Adik: Adik pun sama

Ummi: Sayang, dengar sini Ummi cakap. Orang rambut pendek ni hensem, bersih, wangi, tak ada kutu, senang nak sikat, senang nak mandi. Semua org nak kawan dgn dia sebab rambut dia tak busuk
Along: Tak nak, Along tak nak jugak (makin bertambah2 muncungnya…)
Adik: Adik pun sama
(hish si kecik ni, semua benda dia nak sama dgn Along)

Sepanjang perjalanan balik rmh sy bercerita kisah Ultraman & raksasa… Upin & Ipin… Spongebob…, tp tak ada satu cerita pun yg dpt memancing minat anak2 utk mendengar, apatah lg memberi komen. Membisu seribu bahasa…

Ummi: Haa Sayang, kita dah sampai. Kamu masuk dulu kemas beg, kemas bantal & minum Milo. Dah siap semua nanti kita pegi taman.
Along & Adik: Ok laa
Ummi: Nanti Ummi ajar kamu main laga kemuncup ya

Ni gaya seorang juara…juara laga kemuncup pun tak apalah asalkan Adik & Along happy


“Ummi, esok Adik nak main laga kemuncup lagi ya”, katanya sambil tersenyum.

Along asyik sgt lawan laga kemuncup dgn Ummi

Yang bagusnya;
• anak2 happy dpt main permainan baru (sy ni org kg, masa kecik2 dulu inilah hiburannya) & dpt lupakan kisah “kepala botak”
• dpt jumpa dgn anak2 jiran yg rambutnya lebih kurang sama dgn anak2 sy (dah tak sedih lg…dah dpt up balik keyakinan diri)
• bukan anak2 sy je yg tak tau permainan ni, rupanya anak2 jiran sy jg begitu teruja nak main (kesian pulak tengok, kelakar pun ada, best rupanya jd org kg ni)
• padang dekat depan rumah sy lebih bersih, semua anak2 berebut2 nak dapatkan kemuncup yg byk bulu

Anak2 kecil ni jiwanya lembut, agak sensitif, mudah terasa, lebih2 lg kalau yg mengata tu adalah kawan2nya sendiri. Kita sbg ibu bapa jgn biarkan perkara sebegini berlarutan mengganggu emosi anak2. Mungkin pada kita benda tu biasa je, @pun “alah, tak kisahlah, budak2”. Tp pd anak2 perkara sebegini akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, malu utk berkawan & rasa tersisih.

Tambah2 lg Adham, kami doakan moga Allah memudahkan perjalanan hidupnya dunia & akhirat. Harap2 bila dh besar nanti dia tak akan dibeza-bezakan atas sebab keadaan fizikalnya yg lain dr kawan2nya. “Adik sihat…Adik jd anak yg soleh…itupun dh cukup bermakna buat Ummi & Abah”.

Inilah kisah permata hati kami sepetang bermesra dgn alam. Padang tu juga ada byk pohon semalu yg tumbuh meliar. Dah byk kali kaum bapa bergotong-royong membersihkannya, tp tetap juga tumbuh. Rasanya lepas ni sy kena create satu permainan baru yg gunakan pohon semalu pulak, ada sapa2 yg nk bg suggestion?

Selasa, 14 Disember 2010

Macam mana nk bagitau anak-anak ni…?



Seawal 7pg sy kejutkan anak2 utk ke tadika, tak nak bangun…
(takpelah, biar dululah, kesian pulak nak tidur lg…)

730pg kejut lg, masih liat nk bangun…
(takpelah, kalau paksa nanti meragam pulak budak2 ni…)

8pg kejut lagi, masih lg liat nak bangun…
(hish, ni tak boleh jd, tak boleh lembut sgt dgn budak2 berdua ni…)

Lastly terpaksa juga mandikan, tolong pakaikan baju & kemas tempat tidur. Wajah Along mencuka je, Adik siap nangis2 lg. Kalau anak2 takde mood, semua benda yg dia tau buat sendiri, tiba2 jd tak tau…

Tiba di meja makan pun masih lg takde mood, tak nak makan…tak nak minum…

Ummi: Sayang, mlm ni Abah balik
Along: Ye ke Ummi? Betul ke Ummi?
Ummi: Iyaa…betul…

Adik yg murung tiba2 ceria & tersenyum. Anak2 terus menghabiskan breakfast dgn ceria...
(fuh, lega…)

Anak2 ke tadika dgn ceria sgt. Adik sikit pun tak meragam.

Sampai rumah sy terus telefon Abahnya, nak ceritakan perihal kesedihan anak2 kesayangannya sejak dia outstation dr pg Ahad lagi.

Ummi: Baru sampai rmh ni, nasib baik Adik ok, tak nangis pun td
Abah: Aaa ok la tu
Ummi: Flight mlm ni pukul brapa?
Abah: Laa bukan mlm ni, mlm esok la…
Ummi: Cuba tgok tiket betul2, kata balik Selasa mlm
Abah: Ya, balik 15hb, tersilap bgtau hari ni, esok mlm sbnrnya
Ummi: Macam mana ni, pg td dh inform kat Adik & Along , Abah balik mlm ni, mesti anak2 sedih… Takpe lah…, good luck buat presentation ptg ni

Macam mana nk bagitau anak-anak ni…!? Harap2 bila dia balik dr tadika ptg nanti dia dh lupa pasal sy bgtau Abahnya nak balik mlm ni… Tapi takkanlah anak2 lupa…kerap sgt dia tanya pasal Abahnya…tanya soalan yg sama… “Ummi, bila Abah nk balik?”

Rabu, 8 Disember 2010

“I am 4 years old..!!”

Hari ni genaplah 4 thn Allah memberikan anugerah yg tidak ternilai ini kpd kami.

Kami doakan moga Adik terus ceria tahun demi tahun…




Kami juga doakan moga Adik terus kuat menjalani operation demi operation






Kami doakan semoga Adik terus tabah & kuat mengharungi kesakitan demi kesakitan utk operations yg akan datang.

Moga kami juga terus diberikan kecekalan oleh-NYA menghadapi apa jua ujian yg mendatang.

“SELAMAT HARI LAHIR YG KE-4 ADIK. UMMI, ABAH & ALONG SAYANG KAT ADIK SANGAT2”.

Sabtu, 4 Disember 2010

Art Workshop for Children

Program: Art Workshop for Children & Members-Get-Together
Venue: Dasein Academy of Art, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Date: 4th December 2010 (Saturday)
Time: 9:30am - 1:30pm









Khamis, 2 Disember 2010

Senyumlah...


“Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenar-benarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.” ~Hamka~

“Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan zahir yang kurang cantik.”

“Senyumlah, supaya alam juga turut tersenyum kepada kita.”

“Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembang.”

“Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu ianya tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan sebuah senyuman.”

“Jika kita tidak memulai hari ini dengan senyuman, maka belum terlambat untuk mencubanya pada keesokan harinya.”

“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Rabu, 1 Disember 2010

Dari Excel ke ABIM

Hari ini 1st day Along & Adik di Tadika ABIM.

Pagi td Akram bangun tidur dgn penuh semangat, suka hati sebab nak pergi tadika baru. Si kecik Adham pulak tak nak bangun, siap nangis2 lg sebab tak nak ke tadika baru. 2 org, ada 2 ragam… Setelah selesai adegan pujuk-memujuk akhirnya siaplah jugak berpakaian.

Along: Ummi, hari ni nak pegi ABIM ke?
Ummi: Ye
Along: Along dah 6 tahun ke?
Ummi: Belum, tahun depan Along 6 tahun, Adik 5 tahun
Along: Kalau 6 tahun nanti nama Along A.K.R.A.M jugak ke?
Ummi: Ye, nama kamu Akram, A.K.R.A.M
Along: Masa Along baby dulu nama Along A.K.R.A.M jugak ke?
Ummi: Ye la sayang, nama kita sama je sampai bila2
Along: Ooo ye ke Ummi... Kalau Along 6 tahun, apa yg tak sama?
Ummi: Muka Along lain la sikit. Tangan, kaki, mata, hidung, telinga, semuanya makin besar la

Abahnya tersenyum mendengar pertanyaan Along.
(Kelakar Along ni, kalau kena tukar nama tiap2 tahun jenuhlah kami nak cari nama utk anak2, ni anak baru 2 org, kalau anak 7 org haru di buatnya, boleh pulak dia fikir mcm tu…)

Wajah2 ceria permata hati sy semasa bersarapan pg td dgn rambut ala-ala “Ultraman”nya.


Sesampai di ABIM td Along ok je, Adik je yg nangis, siap duduk di ribaan sy lg. Mulanya sy tunggu jgk sambil berkenalan dgn Cikgu Shima. Lebih kurang 1 jam kat sana sy ambil keputusan utk balik, lagi lama sy kat situ, lagi manja si kecik sy tu. Lepas je sy pusing kereta nak balik, Cikgu Shima keluar di muka pintu, “dh ok dh, sekejap je”, katanya sambil tersenyum. Alhamdulillah lega, sy tau td tu hanya “drama”nya shj utk menarik belas kasihan sy.

Mulanya agak berat utk sy buat keputusan utk menukarkan anak2 ke ABIM atas beberapa alasan, antaranya;
• Jarak ABIM dr rumah lebih jauh berbanding Excel
• Lokasi ABIM yg agak crowded (ada 2 buah Tadika KEMAS, sebuah sekolah rendah & deretan rumah2 kedai berhampiran ABIM)
• Persekitaran ABIM (kawasan perumahan - byk kereta yg parkir di luar pagar rumah)
• Keluasan ABIM (rumah 1 tingkat; 2 bilik, 1 bilik mandi & 1 toilet) yg kurang selesa berbanding Excel (rumah dua tingkat; 6 bilik & 5 bilik air)
• Anak2 terpaksa bercampur dgn kanak2 yg lebih besar (ABIM menyediakan transit utk kanak2 7-12thn).

Sampaikan dua tiga mlm sebelum itu pun sy mimpikan psl nak buat pilihan tadika anak2 je. Masa nk buat keputusan tu hati sy 50-50. Kami berbincang mencari penyelesaian yg sewajarnya…

Ummi: Mcm mana ya, ABIM tu tadikanya ok, syllabus & buku2nya pun ok. Cuma day care dia tu sempit sikit. Bilik mandi ada 1 je, mandi kena bergilir2 la. Nak tidur & tukar pakaian pun biliknya kecik sikit. Takut anak2 tak selesa nanti.
Abah: Takpe la, biar anak2 kita belajar erti susah.
(Betul jugak tu, aku ni terlalu inginkan benda2 yg baik je. Adakalanya anak2 perlu jugak di ajar erti “susah” agar kuat jati dirinya bila besar nanti, agar tau erti syukur dgn nikmat yg ALLAH berikan).

Ya, mungkin ramai ibu2 bersetuju dgn sy (mungkin jgk tdk…), namun itulah naluri seorang insan bernama Ummi, berusaha seboleh mungkin mencari kesempurnaan buat anak2. Memikirkan keselesaan anak2 dr segenap sudut; tempat belajarnya mcm mana…solatnya macam mana...makanannya macam mana…bilik tidurnya mcm mana…tempat mandinya mcm mana…tempat bermainnya mcm mana… Sy rasa ramai ibu2 yg lain pun mcm sy jgk. Bukanlah cerewet, sekadar nakkan yg terbaik buat anak2.

Namun setelah difikirkan pros & cons, lastly kami ambil keputusan utk menukarkan anak2 ke ABIM. Apapun memang kena tukar jugak sebab dh hampir 2 tahun di Excel. Environment yg sama sebenarnya tidak byk membantu proses pembelajaran & perkembangan minda anak2.

Sebelum ini kami dh survey beberapa tadika di sekitar kediaman kami, moga pilihan kami ini tepat spt yg disarankan oleh pakar2 pendidikan Islam iaitu, “memilih guru & sekolah yg baik utk anak2”.

Beberapa minggu lepas kami telah bawa Along & Adik meninjau persekitaran ABIM, sekaligus utk memperkenalkan tadika baru mereka ini.

Ummi: Along, Adik, ni Tadika ABIM. Tahun depan nanti Ummi & Abah nak hantar kamu kat sini. Kamu suka?
Along: Suka sikit je…
Ummi: Aii kenapa suka sikit je?
Along: Ye la, kat Excel besar, byk mainan.
Ummi: Kita pegi tadika bukan utk main je, kat rumah pun boleh main, kan? Kat sini pun ada mainan jugak, ada kawan2 jugak, ada Darwisy & adiknya, ada Irfan, ada Azmah.
Along: Ok lah, Along suka.
(Fuh lega. Nasib baik dia tak cerewet sgt, tak byk minta penjelasan. Kami tak perlu usaha pelbagai cara utk memujuknya. Adham pula membisu seribu bahasa. Anak seusia Adham masih lg senang dibentuk, apa jua pilihan kami, juga adalah pilihannya).

Doa kami, moga anak2 dpt belajar dgn sebaiknya di sini. Dan moga Adham juga tidak didiskriminasikan sbg mana di 2 tadika sebelum ini, atas sebab keadaannya itu. Kerana fizikalnya shj yg agak berbeza dr kanak2 lain, namun keinginan, matlamat, tahap pemikirannya juga sama spt insan lain. Semoga cikgu2 & kawan2 baru dpt menerima Adham seadanya, penerimaan tanpa sebarang syarat, Aaamiin.

Excel Edukid Centre (tadika anak2 selama 1 year, 5 months & 25 days; 5 Jun 2009 - 30 Nov 2010)

ABIM (Tadika – pg; study & baca Quran kat sini)

ABIM (Day Care – ptg; mandi, makan, rehat, siapkan homework & main kat sini)