Rabu, 1 Disember 2010

Dari Excel ke ABIM

Hari ini 1st day Along & Adik di Tadika ABIM.

Pagi td Akram bangun tidur dgn penuh semangat, suka hati sebab nak pergi tadika baru. Si kecik Adham pulak tak nak bangun, siap nangis2 lg sebab tak nak ke tadika baru. 2 org, ada 2 ragam… Setelah selesai adegan pujuk-memujuk akhirnya siaplah jugak berpakaian.

Along: Ummi, hari ni nak pegi ABIM ke?
Ummi: Ye
Along: Along dah 6 tahun ke?
Ummi: Belum, tahun depan Along 6 tahun, Adik 5 tahun
Along: Kalau 6 tahun nanti nama Along A.K.R.A.M jugak ke?
Ummi: Ye, nama kamu Akram, A.K.R.A.M
Along: Masa Along baby dulu nama Along A.K.R.A.M jugak ke?
Ummi: Ye la sayang, nama kita sama je sampai bila2
Along: Ooo ye ke Ummi... Kalau Along 6 tahun, apa yg tak sama?
Ummi: Muka Along lain la sikit. Tangan, kaki, mata, hidung, telinga, semuanya makin besar la

Abahnya tersenyum mendengar pertanyaan Along.
(Kelakar Along ni, kalau kena tukar nama tiap2 tahun jenuhlah kami nak cari nama utk anak2, ni anak baru 2 org, kalau anak 7 org haru di buatnya, boleh pulak dia fikir mcm tu…)

Wajah2 ceria permata hati sy semasa bersarapan pg td dgn rambut ala-ala “Ultraman”nya.


Sesampai di ABIM td Along ok je, Adik je yg nangis, siap duduk di ribaan sy lg. Mulanya sy tunggu jgk sambil berkenalan dgn Cikgu Shima. Lebih kurang 1 jam kat sana sy ambil keputusan utk balik, lagi lama sy kat situ, lagi manja si kecik sy tu. Lepas je sy pusing kereta nak balik, Cikgu Shima keluar di muka pintu, “dh ok dh, sekejap je”, katanya sambil tersenyum. Alhamdulillah lega, sy tau td tu hanya “drama”nya shj utk menarik belas kasihan sy.

Mulanya agak berat utk sy buat keputusan utk menukarkan anak2 ke ABIM atas beberapa alasan, antaranya;
• Jarak ABIM dr rumah lebih jauh berbanding Excel
• Lokasi ABIM yg agak crowded (ada 2 buah Tadika KEMAS, sebuah sekolah rendah & deretan rumah2 kedai berhampiran ABIM)
• Persekitaran ABIM (kawasan perumahan - byk kereta yg parkir di luar pagar rumah)
• Keluasan ABIM (rumah 1 tingkat; 2 bilik, 1 bilik mandi & 1 toilet) yg kurang selesa berbanding Excel (rumah dua tingkat; 6 bilik & 5 bilik air)
• Anak2 terpaksa bercampur dgn kanak2 yg lebih besar (ABIM menyediakan transit utk kanak2 7-12thn).

Sampaikan dua tiga mlm sebelum itu pun sy mimpikan psl nak buat pilihan tadika anak2 je. Masa nk buat keputusan tu hati sy 50-50. Kami berbincang mencari penyelesaian yg sewajarnya…

Ummi: Mcm mana ya, ABIM tu tadikanya ok, syllabus & buku2nya pun ok. Cuma day care dia tu sempit sikit. Bilik mandi ada 1 je, mandi kena bergilir2 la. Nak tidur & tukar pakaian pun biliknya kecik sikit. Takut anak2 tak selesa nanti.
Abah: Takpe la, biar anak2 kita belajar erti susah.
(Betul jugak tu, aku ni terlalu inginkan benda2 yg baik je. Adakalanya anak2 perlu jugak di ajar erti “susah” agar kuat jati dirinya bila besar nanti, agar tau erti syukur dgn nikmat yg ALLAH berikan).

Ya, mungkin ramai ibu2 bersetuju dgn sy (mungkin jgk tdk…), namun itulah naluri seorang insan bernama Ummi, berusaha seboleh mungkin mencari kesempurnaan buat anak2. Memikirkan keselesaan anak2 dr segenap sudut; tempat belajarnya mcm mana…solatnya macam mana...makanannya macam mana…bilik tidurnya mcm mana…tempat mandinya mcm mana…tempat bermainnya mcm mana… Sy rasa ramai ibu2 yg lain pun mcm sy jgk. Bukanlah cerewet, sekadar nakkan yg terbaik buat anak2.

Namun setelah difikirkan pros & cons, lastly kami ambil keputusan utk menukarkan anak2 ke ABIM. Apapun memang kena tukar jugak sebab dh hampir 2 tahun di Excel. Environment yg sama sebenarnya tidak byk membantu proses pembelajaran & perkembangan minda anak2.

Sebelum ini kami dh survey beberapa tadika di sekitar kediaman kami, moga pilihan kami ini tepat spt yg disarankan oleh pakar2 pendidikan Islam iaitu, “memilih guru & sekolah yg baik utk anak2”.

Beberapa minggu lepas kami telah bawa Along & Adik meninjau persekitaran ABIM, sekaligus utk memperkenalkan tadika baru mereka ini.

Ummi: Along, Adik, ni Tadika ABIM. Tahun depan nanti Ummi & Abah nak hantar kamu kat sini. Kamu suka?
Along: Suka sikit je…
Ummi: Aii kenapa suka sikit je?
Along: Ye la, kat Excel besar, byk mainan.
Ummi: Kita pegi tadika bukan utk main je, kat rumah pun boleh main, kan? Kat sini pun ada mainan jugak, ada kawan2 jugak, ada Darwisy & adiknya, ada Irfan, ada Azmah.
Along: Ok lah, Along suka.
(Fuh lega. Nasib baik dia tak cerewet sgt, tak byk minta penjelasan. Kami tak perlu usaha pelbagai cara utk memujuknya. Adham pula membisu seribu bahasa. Anak seusia Adham masih lg senang dibentuk, apa jua pilihan kami, juga adalah pilihannya).

Doa kami, moga anak2 dpt belajar dgn sebaiknya di sini. Dan moga Adham juga tidak didiskriminasikan sbg mana di 2 tadika sebelum ini, atas sebab keadaannya itu. Kerana fizikalnya shj yg agak berbeza dr kanak2 lain, namun keinginan, matlamat, tahap pemikirannya juga sama spt insan lain. Semoga cikgu2 & kawan2 baru dpt menerima Adham seadanya, penerimaan tanpa sebarang syarat, Aaamiin.

Excel Edukid Centre (tadika anak2 selama 1 year, 5 months & 25 days; 5 Jun 2009 - 30 Nov 2010)

ABIM (Tadika – pg; study & baca Quran kat sini)

ABIM (Day Care – ptg; mandi, makan, rehat, siapkan homework & main kat sini)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.ni excel mana ye?kinrara ye?sbb sy pn excel juge.