Rabu, 31 Ogos 2011

Salam Aidilfitri & Happy Merdeka

Ni 1st time kami menyambut Aidilfitri di perantauan. Memang terasa sayu jugak sebenarnya, lebih2 lagi bila mendengar takbir raya. Apapun, kehadiran kenalan kat sini sedikit sebanyak dpt mengubat kesedihan di hati.

Kami sekeluarga mengambil peluang utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kpd semua keluarga & sahabat serta kenalan kami di mana jua berada. Panjang umur kita jumpa nanti, InsyaALLAH.

Jumaat, 12 Ogos 2011

1st Appoinment Abang Ngah

Pagi semalam Abang Ngah ada appointment di Bowburn Medical Centre. Plan asal nk pegi jalan kaki sebab dekat sgt jaraknya dgn rumah kami, tiba2 hujan, tak berani pulak nak redah hujan takut demam esp anak2.

Kami berikan 4 referral letters; Audio & ENT, Dental & Orthodontic, Plastic, & Speech Therapy kpd Dr Pollard. Dr bertanyakan history Abg Ngah & akan tulis surat kpd hospital utk next follow up.

So gitu rupanya procedure kat sini, ingatkan dpt follow up kat medical centre tu je, kalau tak senang la sebab dekat. Rupanya kena ke hospital utk next appointment.

Takpe la ya Abg Ngah. Apa2 pun kami akan usahakan yg terbaik buat dirinya, InsyaALLAH.


Ahad, 7 Ogos 2011

Follow-up Abang Ngah

Sedar tak sedar hari ni dah hampir 1 bulan kami kat alien land ni. Memang betul2 alien sebab kat sini kami takde saudara-mara & sahabat-handai, hanya ditemani beberapa Malaysian family yg juga study kat sini. Rindunya nak balik…..

Buat masa ni Abang Ngah belum lg ikuti sebarang pemeriksaan kesihatan kat sini. Kami harap segala treatments (Audio & ENT, Dental & Orthodontic, Plastic, dan Speech Therapy) dapat dilakukan dgn sebaik mungkin.

Hari ke-2 (13 July 2011) kami kat sini hari tu, kami 4 beranak dah register utk jalani medical ckeck-up kat Bowburn Medical Centre. Dekat je dgn rumah, jalan kaki je ke sana, sambil2 boleh menikmati angin yg sejuk sampai ke tulang hitam tu. Cuma bimbangnya takut bertembung dgn dog, anak2 macam excited je nak kejar sebab dog sini kecik+comeiii+bulu lebat semuanya.

Abang Ngah ada 2 appointments dgn Dr Susan & Dr Pollard next week (11 August 2011), harap semuanya dlm keadaan baik nanti, InsyaALLAH….