Ahad, 7 Ogos 2011

Follow-up Abang Ngah

Sedar tak sedar hari ni dah hampir 1 bulan kami kat alien land ni. Memang betul2 alien sebab kat sini kami takde saudara-mara & sahabat-handai, hanya ditemani beberapa Malaysian family yg juga study kat sini. Rindunya nak balik…..

Buat masa ni Abang Ngah belum lg ikuti sebarang pemeriksaan kesihatan kat sini. Kami harap segala treatments (Audio & ENT, Dental & Orthodontic, Plastic, dan Speech Therapy) dapat dilakukan dgn sebaik mungkin.

Hari ke-2 (13 July 2011) kami kat sini hari tu, kami 4 beranak dah register utk jalani medical ckeck-up kat Bowburn Medical Centre. Dekat je dgn rumah, jalan kaki je ke sana, sambil2 boleh menikmati angin yg sejuk sampai ke tulang hitam tu. Cuma bimbangnya takut bertembung dgn dog, anak2 macam excited je nak kejar sebab dog sini kecik+comeiii+bulu lebat semuanya.

Abang Ngah ada 2 appointments dgn Dr Susan & Dr Pollard next week (11 August 2011), harap semuanya dlm keadaan baik nanti, InsyaALLAH….

4 ulasan:

mama akid berkata...

insyaallah...semoga yg terbaik buat abg ngah...

zura_habib berkata...

bestnya...bila la nk ada rezeki nk gi obersee...
smg sumenya berjalan lancar buat family mawar di sana esp abg ngah:-)

Bicara hati ibu aisya berkata...

Seronok betul tgk abg ngah di sana ;) dapat jalan-jalan tempat orang.
Mawar, dari apa yang saya dengar dan baca biasanya perubatan, pemulihan dan terapi di negara luar bagus.Mereka lebih care anak-anak istimewa.Jangan lepaskan peluang tau mencuba kaedah di sana.
Semoga dipermudahkan segalanya di sana.

Mawar berkata...

MAMA AKID
tq, kami jgk hrpkn sebegitu.


ZURA
takpe zura, ada rezki nanti boleh hantar habib & adik2nya study jauh nanti.
tp zura kena + usaha lg utk + adik2 habib, nanti peluang nk g ovrsea lg bsr, hahaha...

AYU
anak2 mmg seronok cuma boring skit sbb now school holiday, lps raya ni baru start sek.
sy pun dgr gitu jgk, kami akan usahakan yg trbaik buatnya smpai bila2 pun, insyaALLAH