Khamis, 19 Ogos 2010

“Tempat tumpahnya darahku…”


Sekali dengar macam lirik lagu Negaraku… “Negaraku, tanah tumpahnya darahku…”. Ni sebenarnya bukan berkaitan dgn lirik lagu, tp berkaitan dgn Waja WMT2637 kami. Dua hari lepas kami dah jual WMT tu pd used car di Puchong.

Sedih, memang sedih sgt2, ditambah dgn sayu & hiba lagi. Sebabnya itulah 1st car kami setelah 5 tahun dia berkhidmat kpd kami 4 beranak.

Kenangan yg paling mahal adalah, atas kusyen belakang WMT itulah tempat tumpahnya darah & air ketuban sy (3 pg, 1 Ogos 2005) ketika dlm perjalanan ke HUKM utk bersalin permata hati pertama kami, Along Akram.

Kami beli WMT tu pun sebab sayang & cinta kami pd Along. Dulu kami kemana2 hanya menaiki motorsikal; kerja, shopping dan jalan2. Setelah 5 bulan sy mengandungkan Akram, sy dh tak boleh naik motorsikal lg. Rasa tak selesa dan agak sakit setiap kali menaikinya, lebih2 lagi setiap bulan perlu check-up di Az-Zahrah Bandar Baru Bangi. Masa tu sy rasakan jarak antara Bandar Seri Putra dgn Bangi amat jauh sekali, seksa sgt2 setiap kali pergi check-up.

Selamat jalan WMT, terima kasih atas khidmat cemerlangmu kpd kami sekeluarga…

Tiada ulasan: