Isnin, 23 Ogos 2010

Pembedahan Ke-5, Alhamdulillah


5th Operation ~ Grommets & Plates
Hospital Serdang
Dr Mohd Adzriel Bakri, Dr Badruddin & Dr Syazwani Abd Razak
20 Ogos 2010 – Adik berusia 3 tahun 8 bulan 12 hari

Tiga hari lepas (Jumaat, 20 Ogos 2010, bersamaan 10 Ramadhan 1431H) Adham telah selamat menjalani pembedahan memasukkan Grommets dan Plates.

Sepanjang perjalanan ke sana dia meragam kerana lapar & dahaga. Dia diarahkan berpuasa dr 1 pg mlm sebelumnya sbg persediaan untuk operation. Seawal 7.45 pg kami dh register Adik di tingkat 4. Pukul 8 pg Adik dihantar ke Day Care Ward. Adik terus juga meragam, nasib baik Abahnya ambil cuti hari tu, bolehlah melayan Adik di wad. Sementara menunggu ketibaan Doktor bedah, Abahnya menemani Adik bermain di satu ruang yg disediakan utk kanak2 bermain tidak jauh dr katil Adik. Tepat jam 9.10 pg dia di bawa ke bilik bedah, Abahnya yg menemaninya kerana sy sememangnya tak sampai hati melihat permata hati sy menangis. Operation selesai pada pukul 10.15 pg, dan dia sedar sejam kemudian. Adik dibenarkan makan & minum, semuanya terkawal, dia tak muntah serta dapat makan macam biasa. Alhamdulillah, sy selalu yakin & berbaik sangka yg budak kecil Allah jaga.

Ujian untuk anak adalah ujian bagi ibu dan bapanya. Allah swt ingin menguji pergantungan hati kita kepada-Nya dalam menghadapi musibah yg berlaku kpd anak kita. Sabar & redhalah dalam menghadapinya. Allah swt sentiasa bersama2 org yg sabar, InsyaALLAH.

Terima kasih yg tak terhingga kepada semua ahli keluarga & sahabat kami atas doa & semangat yg diberi di saat2 kami melalui keperitan ini.

Tiada ulasan: