Khamis, 30 September 2010

Susahnya tanpa Abah


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga & sahabat handai kami. Semalam Adham ada appoinment di Otorinolaringologi Clinic (THT), Hospital Serdang. Seawal 8pg sy & Adham dh sampai di sana. Abahnya menghantar kami awal pagi & terus bergegas ke UKM kerana dia ada class. So, terpaksalah sy sorang sj yg menemankan Adham berjumpa pakar ENT (Dr. Yogesvaran Kanapaty).

Pesakit agak crowded masa kami sampai. (Aii, macam mana ni, harap2 adik tk meragam, dahlah Abahnya takde ni). Menemankan anak sorang diri ke clinic/hospital adalah perkara yg agak sukar & jarang kami lakukan. Selalunya Abahnya yg setia melayan kerenah anak (dukung, main, pusing2, makan/minum, ke toilet) & sy yg akan setelkan perkara2 wajib yg lain (register, amik no, tunggu no dipanggil, consultation, ke farmasi). Tapi kali ni sy terpaksa lakukan jugak kerana Abahnya ada class.

830pg sy dh selesai register Adham di kaunter pendaftaran di tingkat bawah, sambil tunggu utk register, Adham sempat menghabiskn air kotak Dutch Lady, 1 pek kecil Chipsmore & 1 biji kek Apollo. Kat rumah pg td sy masak nasi goreng utk breakfast, Adham dh makan byk (sampaikn 2X tambah + air Milo). Kami terus naik ke tingkat 3 utk register di Otorinolaringologi Clinic (THT). (Fuhh…ramai jugak pesakit kat sini, sampaikan takde kerusi nak duduk, macam mana ni…!?). Terpaksalah sy bw Adham duduk di ruang kanak2 bermain di sebelah kanan kaunter pendaftaran.

Tapi problemnya duduk kat sebelah kanan tu; (i) tak nampak no pada skrin yg dipaparkan & (ii) tak dengar no pd skrin dibaca; soundnya perlahan sangat sangat sangat. (Macam mana ni…nak dukung budak ni berat jugak…dh 11kg lebih dh). Sekejap2 sy pergi tgok skrin… Sekejap2 sy pergi tgok skrin… takut no giliran anak sy terlepas, yg geramnya no pd skrin bukan dipaparkan mengikut urutan, so sy tdk dpt agak bila giliran anak sy.

Masuk 945pg Adham dh meragam. Kesian jugak kat dia, dh sejam lebih menunggu masih belum dipanggil lg. Nak makan…nak minum…nak dukung…nak susu…nak bantal…nak tidur…nak colour pencil…nak buku Transformers…ntah macam2 benda lg yg dia mtk. Sy tau dia dh boring. Kalau Abahnya ada senang sikit, dia boleh bawa Adham jalan2 utk hilangkan boring, sy boleh tunggu no pd skrin.

Masuk 11pg Adham dh !@#$*, dan sy pun dh !@#$*, tak tau nk cakap apa dh, dh extra extra extra boring. Sy kesiankan Adham. Masuk kali ni dah 4X sy bw dia ke toilet utk tukar diapers (dia makan kerap sgt, asyik buang air besar je). Tp memang hobinya MAKAN MAKAN & MAKAN, setiap kali pergi mana2 sy akan bawa beg berisi makanan utk dia, tak macam Alongnya…susah sgt nak makan, selalu kena paksa baru makan.

1140pg barulah tiba turn Adham. Doktor cek telinga Adham, nak tengok keadaan telinga setelah dipasang grommets sebulan yg lepas. Alhamdulillah syukur, semua ok, tak sakit & takde sebarang cecair yg keluar dr telinganya. 3 bulan lg Adham kena jumpa pakar ENT & Audiologist utk repeat hearing test. Tak sampai 5 minit semua dh setel, (tunggu berjam2, cek & consultation 2.9 minit je…).

Sy terus bawa Adham ke café bimbang takut2 dia meragam kerana terlalu penat menunggu. Dia berjaya menghabiskan 2/3 bahagian nasi ayam Singapore & air mineral. Kalau ikutkan dia nak minum milo ais, tp sy tak bg kerana dr pg td byk sgt mkn makanan manis. Habis makan sy bawa dia ke kedai2 sekitar lobi hospital sebab katanya nak beli buku, kad Transformers & sticker. Sy ikutkan sj, janji dia happy & tak meragam. 120ptg barulah Abahnya dtg jemput, fuhh…penatnya…

Tiada ulasan: