Rabu, 29 Ogos 2012

Aidilfitri 1433H yang “Suram”

Syawal sememangnya diraikan dengan kemeriahan sebagai tanda kemenangan juga kesyukuran kita terhadap Yang Maha Pencipta. Namun, di celah2 kemeriahan itu terselit sedikit musibah yang mencalarkan kebahagiaan Aidilfitri kami pada 1433H kali ini.

3 Syawal 1433H (Selasa, 21 August 2012)
Membuat report di IPD Tumpat, Cawangan Trafik kerana kereta kami dilanggar oleh sebuah motosikal di Geting, Pengkalan Kubor ketika menziarahi sepupu yang kurang sihat. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada keesokan harinya, Al-Fatihah…

4 Syawal 1433H (Rabu, 22 August 2012)
Ayah saya diserang strok lagi, kali ini di bahagian saraf muka menyebabkannya sukar untuk bercakap serta makan & minum. Beliau mula diserang strok pada 23 Oct 2006 bersamaan 1 Syawal 1427H iaitu 6 tahun yang lalu. Ayah saya di tahan di wad sejak 4 Syawal sehingga ke hari ini. Sekarang beliau hanya diberikan susu melalui tiub di hidung. Semoga ALLAH memberikan kurniaan yang terbaik buat ayah saya.

Buat renungan kita bersama, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan2nya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun2nya" ~ HR Bukhari & Muslim.

9 Syawal 1433H (Isnin, 27 August 2012)
Kami membawa Abang Ngah ke An-Nur kerana badan panas sangat secara tiba2. Dr membekalkan ubat demam yang perlu dimasukkan melalui punggung sekiranya suhu badan naik secara mendadak lagi.






10 Syawal 1433H (Selasa, 28 August 2012)
Pagi semalam Abang Ngah ada dental appointment di Hospital Serdang. Dr terpaksa mencabut gigi atas Abang Ngah kerana akarnya telah keluar dari tulang gusi, serta menampal 2 gigi yang lain. Kesian juga kami tengok sebab Abang Ngah ternganga selama 14 minit (9.55am – 10.09am) untuk menyelesaikan rawatan itu.



1 ulasan:

Bicara hati ibu aisya berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat akk sekeluarga dari kami.Maaf zahir dan batin.Moga segalanya baik2 sahaja.Dugaan dan ujian di bulan Syawal nan Mulia ini.Terus bersabar ye kak.