Khamis, 7 Oktober 2010

Appointment petang…pun susah jugak


Petang semalam Adham ada appointment dgn pakar plastic surgeon (Dr Cheong You Wei) di orthopedic clinic, Hosp. Serdang. Sy & Abahnya suka kalau appointment sebelah petang sebab at least sebelah paginya sy boleh study & Abahnya boleh masuk ofis dulu. Kalau appointment waktu pg kami rasakan seolah2 masa kami dh seharian hilang; pg hingga Zohor di hosp & sebelah petangnya dh tk boleh buat apa2 kerja lg kerana penat.

Pagi tu Adham ke tadika macam biasa, selepas solat Zohor kami jemput dia utk ke hosp. Masa amik dia tu, dia tengah tidur, Teacher Nor kata dia baru je makan nasi dan terus tidur. Dalam kereta dia menangis kerana tidurnya diganggu & tak nak tukar pakaian.

Sampai di hosp dh pukul 2pm lebih, nasib baik org tak ramai. Tapi yg nasib kurang baiknya adalah Adham asyik merengek je, muka masam je macam tk puas hati dgn sy. Sy tegur pun tk berapa nk ckp. Sy usik2 dia pun tk layan. Alih2 dia ckp “Adik tk nk kawan dgn Ummi, nk kwn dgn Abah je”. Mungkin dia marah sebab sy usik2 dia. Mujur Abahnya dpt temankan kami semalam, dptlah dia melayan ragam anak bongsunya (bongsu betul ke ni…?) yg manja tu. Dptlah Abahnya layan dia makan, layan dia main, dukung dia, temankan dia ke toilet & bawa ke café kat tingkat bawah.

Alhamdulillah, semua setel sebelum pukul 4ptg. Kami singgah amik Along di tadika & terus balik rumah.

Tiada ulasan: