Isnin, 4 Oktober 2010

Tahniah Abah



Dua hari lepas sy menghadiri majlis convocation Abahnya di IIUM. Sayang sekali anak2 tak dapat ikut kerana kanak2 bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan. Terpaksalah kami tinggalkan mereka di tadika.

Sepanjang Abahnya study leave (2005 – 2009) Allah menghadiahkan anugerah yg tidak ternilai kpd kami. Along dilahirkan ketika Abahnya sedang bertungkus-lumus menghabiskan coursework. Manakala Adik pula dilahirkan ketika Abahnya tengah berhempas-pulas menulis literature review utk tesisnya. Mungkin sebab tu lah anak2 kami sgt suka dgn buku. Balik dr tadika sibuk nk baca buku…nk tulis…nk lukis…nk color... Pergi mana2 sibuk nk bawa buku, sampaikan tidur malam pun dgn buku. Moga2 minat mereka ini akan terus subur sampai bila2, aamiin.

Tahniah Abah, ikhlas dr Ummi, Along & Adik. Semoga Abah terus cemerlang di dunia & akhirat. Dan jgn lupa cabaran Abah yg seterusnya ialah mendapat title Assoc. Prof within 5 years…!!!

1 ulasan:

fiezarmy berkata...

Salam kak mawar,

Tahniah fizah ucapkan buat suami akak! Dr.Adib. Selepas ini akak pulak akan menjejaki langkah suami akak! semoga segala urusan dipermudahkan Ameen..\