Isnin, 3 Januari 2011

1st Day di Tadika ABIM

Happy New Year…2011.

Today semua parents mula menghantar anak2 ke sekolah setelah lama bercuti panjang. Bg anak2 yg dh biasa ke sekolah sebelum ni, ok je. Namun bg anak2 yg 1st time menjejakkan kaki ke bangunan yg dinamakan “sekolah”, ianya merupakan satu pengalaman baru kerana terpaksa berjauhan dgn keluarga tersayang buat beberapa jam.

Seawal 6.30 pg kami mengejutkan Along & Adik utk bersiap2 ke sekolah. Masa di Excel dulu boleh bangun lewat sikit (7 pg) kerana kelas bermula 8 pg. Di ABIM kelasnya bermula lagi awal (7.30 pg). Along ok je, Adik nangis.

Ummi: Adik, Along, bangun. Hari ni kamu dh start tadika.
Adik: Adik nak tidur lagi (sambil menggeliat malas & nangis).
Ummi: Ok, Adik mandi la dulu… Along bangun ya. Tahun depan kamu sekolah rendah, kena bangun laaagi awal. Dh kena start solat subuh sebab kamu dh 7 years old. Tahun ni Ummi tak paksa lg.
Along: Ok (fuh, senangnya hati Ummi, tak perlu ambil masa yg lama utk pujuk Along pg ni & Ummi tak perlu menjawab soalan2 Along yg adakalanya agak sukar nak bg jawapan tu).

Ni uniform Along & Adik, siap dgn kopiah putih + stoking kartun sekali

Adik takde mood nak breakfast; mungkin tak selera sbb terlalu awal, @ mungkin jugak masih mengantuk

Along happy je sebab nanti dpt jumpa semula dgn kawan2 lama masa di Excel dulu. “Along jumpa kawan2 nanti Along nak main” (alahai Sayang, hidup kita ni bukannya nak main je…byk lg benda lain yg nak kena buat, yg nak kena fikir).

Ni beg Along & Adik; beg Ultraman tu utk tadika sebelah pagi, utk letak buku + alatulis & bekal makanan + air Milo suam, beg Upin & Ipin tu utk Day Care sebelah petang, Ummi sediakan pakaian + towel mandi & bantal “tidur lena”… (bantal busyuk la ni)

Mulanya Ummi plan nk hantar sebab today 1st day Along & Adik di tadika ABIM. Tp Abah kata takpe biar Abah sorang je yg hantar. Lagipun Along & Adik dh biasa ke tadika sebelum ni. Lepas Abah hantar td, Abah terus je call Ummi “Along & Adik ok je, tak nangis pun, suka dpt jumpa kwn2 lama”, katanya. Syukur, anak2 Ummi ni dh besar, tahun ni dh masuk 6 & 5 tahun.

10 ulasan:

zura_habibhaariz berkata...

owh masuk abim ye..kakak sy dulu cikgu abim kt pandan jaya..skrg dh meniaga sendiri...semoga adik n along belaja rajin2 n jd pelajar cemerlang:-)

Mawar berkata...

zura,
tq. sy hantar abim Batang Benar, dlm 10min ke Nilai 3, mesti zura biasa merewang d Nilai 3 , kan!?

Unknown berkata...

Wah...macam kembar...Rajin2 belajar yer adik ngan abang..

Azma berkata...

rajin2 blajar & g sekolah ye adik & abang...

Mawar berkata...

Kak nani,
mana tak nya, akram 7 bulan sy dh ngandungkn adham

bila ingat psl ni rs mcm brsalah pun ada, takut along rasa dia X sempat brmanja je. tp kami mmg Xprnah mmbeza-bezakn anak2

Mawar berkata...

azma,
tq ya, kami pun hrp mcm tu la jgk hendaknya

ummuizz berkata...

Salam... wahh... ada bantal mucuk ke.. how sweet :)

Mawar berkata...

ummuizz,

ni bukan umminya yg ajar, tadika baby (taska) yg ajar slps abis pantang dulu, nk bg cpt tidur katanya

wahida berkata...

anak saya si abang tu excited sgt nak gi school, harap2 excited dia tu berterusan la..heheh..
selamat bersekolah along!!

Mawar berkata...

kak wida,

tq kak,

haa molek la tu kalau abang mcm tu...ni mesti akak @ suami gitu jgk time kecik2 dulu, mungkin kita je yg tak tau....