Isnin, 1 November 2010

Anak Abah...


Pagi ni sy angin satu badan, geram sangat2; anak2 tak nak bangun tidur…tak nak mandi…tak nak ke tadika…tak nak pakai baju…tak nak breakfast…semuanya tak nak. Hanya satu benda je yg diaorang nak…NAK ABAH…!!!

Aaaiii parah ni, Abahnya takde kat rumah dari 30 Oct hingga 4 Nov, lebih kurang 6 hari, outstation di The Royale Bintang, PD.

Setelah berhempas pulas memujuk anak2 dengan gaya selembut2nya hingga sekeras2nya akhirnya sy berjaya membawa anak2 ke tadika pd jam 845am (sejam lewat dr hari2 biasa). Dalam kereta kedua2nya dh cool sambil dengar lagu Maher Zain “InsyaALLAH”. (Fuh, lega sikit hati Ummi tengok Along & Adik dh ok).

Sampai je di gate tadika diaorang start nangis balik; tak nak pegi tadika…tak nak keluar dr kereta… NAK ABAH… NAK ABAH… NAK ABAH…!!! Sy sendiri tak pasti, adakah anak2 terlalu beremosi sebab terlalu rindukan Abahnya @pun saja2 buat drama di pagi hari sebab tak nak ke tadika…

Lastly, terpaksalah sy dukung sorang2 bw masuk ke kelas. Anak2 siap peluk kaki sy lagi sambil nangis. Sayu jgk trpksa tinggalkan anak2 dlm keadaan sedih. Kesian Teacher Nor kena dukung baby besar nangis.

Dgn hati yg berat sy gagahkan diri utk ke UPM.

Tiada ulasan: