Isnin, 8 November 2010

Penuhi keperluan anak (Part III)


Seterusnya, keperluan yg ketiga adalah keperluan emosi. Antara tip2 utk pengisian emosi ini ialah:

• Mengucup anak2 dgn penuh kasih sayang
• Bermain & bergurau
• Memberi hadiah & kata2 pujian
• Membelai kepala anak2
• Sering bertanya khabar & berbual2 mesra
• Mendahulukan anak perempuan berbanding lelaki dlm belaian kasih sayang

Jangankan tamparan, makian dan teriakan kata2 kasar ke gegendang telinga anakpun adalah luka dalaman yg tidak dapat disembuhkan. Anak dilahirkan ke dunia hanya untuk kasih sayang, kekerasan bukanlah hak milik anak.

Siraman kejiwaan yang paling diperlukan oleh anak sepanjang masa kanak-kanak mereka adalah cinta, kasih sayang, rasa aman, dan disiplin.

Tiada ulasan: