Isnin, 8 November 2010

Convo Along & Adik











Semalam kami (Ummi, Abah & Cik Tie) menghadiri majlis convo Along & Adik, bertempat di Fakulti Pendidikan UPM Serdang.

Along mendapat 2 anugerah; Anugerah Tunas Harapan & Anugerah Pelajar Terbaik Akademik. Dan Adik pula mendapat Anugerah Mithali.

Along & Adik menyertai persembahan silat & tarian. Manakala Along pula menyertai pertandingan pakaian beragam.

Anak2 Ummi & Abah dah makin pandai; memberi kerjasama yg baik sepanjang majlis berlangsung dan dah tak segan beraksi atas stage.

Jutaan terima kasih kpd cikgu2 Akram & Adham; Teacher Nor, Teacher Deeba, Teacher Ilah, Teacher Wani, Teacher Sue & adiknya, Teacher Sakinah, Teacher Huda, Teacher Ika & Teacher Sarah, atas dorongan, bantuan, keikhlasan, tunjuk ajar serta kasih sayang tanpa pilih kasih yg dicurahkan selama ini. "Jasamu dikenang, usahamu dihargai".

Majlis berakhir 12.15tghr, on the way balik rumah anak2 tertidur kepenatan.

p/s: TQ pd Cik Tie sbb hadiahkn kek coklat pd Along & Adik.

Tiada ulasan: