Sabtu, 20 November 2010

Salam Aidiladha

Hari ni hari ke-4 (bersamaan 13 Zulhijjah 1431H) kita meraikan Hari Raya Qurban, bermakna kita masih lagi dlm mood raya walaupun kebanyakan orang hanya cuti kerja sehari sahaja. Kami sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua ahli keluarga dan sahabat2 kami.





Sebenarnya ini bukanlah first time sy menyambut Aidiladha jauh di perantauan. Saya masih ingat lagi, first time (tahun 2001) sy meraikannya bersama kawan2 sekolej semasa final year pengajian degree sy di UKM dulu. Kami menyambut Aidiladha secara ala kadar shj kerana esoknya kami akan menduduki final exam. So, tak sempat nak merasa sedih kerana masing2 tengah struggle (pulun study last minute) utk paper Microeconomics III esoknya.

Second time pula kami 4 beranak menyambutnya di rumah lama kami. Pada masa itu sy dalam pantang kerana melahirkan permata hati ke-2 kami. Adham dilahirkan pada 8-12-2006 secara Caesarean. Dengan keadaan luka dalaman yg belum baik sepenuhnya kami tidak dapat balik kampung pd tahun tersebut.

Akhir kata, kami mohon maaf kerana tidak dapat meraikan bersama keluarga di kampung pd tahun ini kerana kekangan masa yg agak terbatas. Semoga kita masih diberikan kesempatan utk berjumpa di masa2 akan datang, InsyaALLAH.




Tiada ulasan: