Jumaat, 17 Disember 2010

Bermesra dengan Alam

Spt biasa setiap ptg sy @ abahnya akan menjemput anak2 di tadika. Petang td sy yg menjemput anak2. Masuk je dalam kereta sy tengok anak2 moody je.

Along: Along tak nak dah pegi tadika (muncung je…)
(Ya Allah, ni salah satu sentence yg agak ngeri di telinga sy. Kenapa pulak anak2 aku ni, moody semacam je)

Ummi: Kenapa Sayang? Cuba Sayang cakap dgn Ummi
Adik: Emm, Adik pun sama, Adik tak nak dah pegi tadika, tak nak, tak nak
Along: Ada orang cakap Along kepala botak…botak licin
Adik: Emm, Adik pun sama, ada orang cakap kepala Adik botak
Ummi: Taaak, ni bukan botak, ni rambut pendek. Orang laki2 mesti rambut pendek, baru la nampak hensem. Kalau botak tu mcm Upin Ipin, tak ada rambut. Ni bukan botak. Siapa yg cakap mcm tu?
Along: Budak pompuan tu, Along pun tak tau sape nama dia
Ummi: Org pompuan memang la rambut panjang. Tapi org laki2 mesti rambut pendek. Cuba kamu tengok, Abah pun rambut pendek, kan!?
Along: Tak nak, Along tak nak jugak pegi tadika
Adik: Adik pun sama

Ummi: Sayang, dengar sini Ummi cakap. Orang rambut pendek ni hensem, bersih, wangi, tak ada kutu, senang nak sikat, senang nak mandi. Semua org nak kawan dgn dia sebab rambut dia tak busuk
Along: Tak nak, Along tak nak jugak (makin bertambah2 muncungnya…)
Adik: Adik pun sama
(hish si kecik ni, semua benda dia nak sama dgn Along)

Sepanjang perjalanan balik rmh sy bercerita kisah Ultraman & raksasa… Upin & Ipin… Spongebob…, tp tak ada satu cerita pun yg dpt memancing minat anak2 utk mendengar, apatah lg memberi komen. Membisu seribu bahasa…

Ummi: Haa Sayang, kita dah sampai. Kamu masuk dulu kemas beg, kemas bantal & minum Milo. Dah siap semua nanti kita pegi taman.
Along & Adik: Ok laa
Ummi: Nanti Ummi ajar kamu main laga kemuncup ya

Ni gaya seorang juara…juara laga kemuncup pun tak apalah asalkan Adik & Along happy


“Ummi, esok Adik nak main laga kemuncup lagi ya”, katanya sambil tersenyum.

Along asyik sgt lawan laga kemuncup dgn Ummi

Yang bagusnya;
• anak2 happy dpt main permainan baru (sy ni org kg, masa kecik2 dulu inilah hiburannya) & dpt lupakan kisah “kepala botak”
• dpt jumpa dgn anak2 jiran yg rambutnya lebih kurang sama dgn anak2 sy (dah tak sedih lg…dah dpt up balik keyakinan diri)
• bukan anak2 sy je yg tak tau permainan ni, rupanya anak2 jiran sy jg begitu teruja nak main (kesian pulak tengok, kelakar pun ada, best rupanya jd org kg ni)
• padang dekat depan rumah sy lebih bersih, semua anak2 berebut2 nak dapatkan kemuncup yg byk bulu

Anak2 kecil ni jiwanya lembut, agak sensitif, mudah terasa, lebih2 lg kalau yg mengata tu adalah kawan2nya sendiri. Kita sbg ibu bapa jgn biarkan perkara sebegini berlarutan mengganggu emosi anak2. Mungkin pada kita benda tu biasa je, @pun “alah, tak kisahlah, budak2”. Tp pd anak2 perkara sebegini akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, malu utk berkawan & rasa tersisih.

Tambah2 lg Adham, kami doakan moga Allah memudahkan perjalanan hidupnya dunia & akhirat. Harap2 bila dh besar nanti dia tak akan dibeza-bezakan atas sebab keadaan fizikalnya yg lain dr kawan2nya. “Adik sihat…Adik jd anak yg soleh…itupun dh cukup bermakna buat Ummi & Abah”.

Inilah kisah permata hati kami sepetang bermesra dgn alam. Padang tu juga ada byk pohon semalu yg tumbuh meliar. Dah byk kali kaum bapa bergotong-royong membersihkannya, tp tetap juga tumbuh. Rasanya lepas ni sy kena create satu permainan baru yg gunakan pohon semalu pulak, ada sapa2 yg nk bg suggestion?

5 ulasan:

Unknown berkata...

Anak-anak memang byk ragamnya mawar...cuma kita sbgai ibu ni kena bijak main peranan...semoga adik dgn abg nak g tadika semula yer...

zura_habibhaariz berkata...

xpenah dgr plak main kemuncup hehe..sy duk kg jugak tp main panjat2 n mandi sungai je...bdk2 kt tadika ngejek ye? bdk2 nie kena didik n terang btl2..kadang2 3 kali terang pun xnk lagi...all d best ye puan mawar...

Mawar berkata...

Kak nani,
ya memang betul kak, memang byk ragam. time kita tak bz ok lah sikit boleh la melayannya, tp kalau time kita bz jenuh jgk le. tp akak lg bsr cabarannya sbb 3 beradik, sy ni baru 2 pun dah tak terlayan...

Mawar berkata...

Zura,
panjat & mandi sg? Ooo best jgk tuh. Kalau nk main laga kemuncup meh sini sy tunjukkan, nanti bleh lawan dgn Habib...;-)

zura_habibhaariz berkata...

hehe...habib lawan? dia gelaj je lebey...