Selasa, 14 Disember 2010

Macam mana nk bagitau anak-anak ni…?



Seawal 7pg sy kejutkan anak2 utk ke tadika, tak nak bangun…
(takpelah, biar dululah, kesian pulak nak tidur lg…)

730pg kejut lg, masih liat nk bangun…
(takpelah, kalau paksa nanti meragam pulak budak2 ni…)

8pg kejut lagi, masih lg liat nak bangun…
(hish, ni tak boleh jd, tak boleh lembut sgt dgn budak2 berdua ni…)

Lastly terpaksa juga mandikan, tolong pakaikan baju & kemas tempat tidur. Wajah Along mencuka je, Adik siap nangis2 lg. Kalau anak2 takde mood, semua benda yg dia tau buat sendiri, tiba2 jd tak tau…

Tiba di meja makan pun masih lg takde mood, tak nak makan…tak nak minum…

Ummi: Sayang, mlm ni Abah balik
Along: Ye ke Ummi? Betul ke Ummi?
Ummi: Iyaa…betul…

Adik yg murung tiba2 ceria & tersenyum. Anak2 terus menghabiskan breakfast dgn ceria...
(fuh, lega…)

Anak2 ke tadika dgn ceria sgt. Adik sikit pun tak meragam.

Sampai rumah sy terus telefon Abahnya, nak ceritakan perihal kesedihan anak2 kesayangannya sejak dia outstation dr pg Ahad lagi.

Ummi: Baru sampai rmh ni, nasib baik Adik ok, tak nangis pun td
Abah: Aaa ok la tu
Ummi: Flight mlm ni pukul brapa?
Abah: Laa bukan mlm ni, mlm esok la…
Ummi: Cuba tgok tiket betul2, kata balik Selasa mlm
Abah: Ya, balik 15hb, tersilap bgtau hari ni, esok mlm sbnrnya
Ummi: Macam mana ni, pg td dh inform kat Adik & Along , Abah balik mlm ni, mesti anak2 sedih… Takpe lah…, good luck buat presentation ptg ni

Macam mana nk bagitau anak-anak ni…!? Harap2 bila dia balik dr tadika ptg nanti dia dh lupa pasal sy bgtau Abahnya nak balik mlm ni… Tapi takkanlah anak2 lupa…kerap sgt dia tanya pasal Abahnya…tanya soalan yg sama… “Ummi, bila Abah nk balik?”

4 ulasan:

zura_habibhaariz berkata...

bdk2 mesti ingat punya;-)
abah habib outstation dh 7 hari..esok br ada flight blk...

ieda berkata...

salam...
terus terang saja.cakap umie tersilap hari tadi...esok baru abah balik.

Mawar berkata...

Zura,
betul, betul, betul,
budak2 mesti ingat punya.
alahai sian habib, lg lama dr abah akram & adham rupanya

Mawar berkata...

Salam kak ieda,
memang tu jgk la pilihan yg sy buat...terus terang, tp kerap plk along tanya soalan yg sama
"kenapa Ummi boleh silap?"
hahaha...memang tak boleh lari dari soalan berantai dr along...