Rabu, 30 Mac 2011

Nak Pindah Hospital Mana Ya...?

Petang td Adik ada appoinment dgn Plastic Surgeon di Orthopaedics Clinic, Hosp Serdang. Sayang sekali Abah tak dapat temankan kami. Takpelah Sayang ya, Ummi akan sentiasa ada, lately Abah memang busy sgt.

Cuma yg agak menyedihkan kami, ini adalah appoinment yg terakhir kami dgn Orthopaedics Clinic di sini kerana Dr Cheong You Wei akan berpindah ke private medical centre tdk lama lagi. Dan yg lebih menyedihkan kami, menurut beliau belum ada Plastic Surgeon yg akan menggantikannya di clinic ini. Moga akan ada doctor lain yg akan menggantikannya dalam waktu terdekat ini kerana ramai patient yg memerlukan service ini sebenarnya. Mungkin selepas ini kami akan ke HKL @pun PPUKM utk mendapatkan rawatan dgn Plastic Surgeon di sana. @pun sahabat2 kami (especially CLAPAM members), ada suggestion lain?

Buat masa ini kami memang mendapatkan services di beberapa tempat dlm usaha mndapatkan rawatan yg terbaik buat Adik. Antaranya;

• Hosp Serdang utk Paediatrics Dental & Orthodontics (Klinik Pembedahan Mulut), Audiologist & ENT (Klinik Otorinolaringologi), & Plastic Surgeon (Klinik Orthopedik)
• Pusat Perubatan UKM utk CDC (Child Development Centre)
Urbane Ethos Consultancy, Seksyen 13 Shah Alam utk speech therapy
• Klinik Pergigian Dr Haslina, Bandar Seri Putra, Bangi utk pemeriksaan gigi berkala

Mcm biasa bekal wajib yg mesti Ummi sediakan setiap kali ke klinik/hospital ialah makanan, minuman, bantal “tidur lena”, pencil, & buku nota kecik…








10 ulasan:

wahida berkata...

alamak, x de idea la...
tapi hopefully dpt doktor ganti tu secepat mungkin la...huhu...

sian adik...

Tanpa Nama berkata...

saya cdgkan PPUM..experties smua kat situ sbb ada combine cleft clinic (bersama CLAPAM)

zurey berkata...

Mawar, isyy..komen tadi terkeluar tanpa nama plk..anak akak baru lip repair last week kat PPUM..syukur alhamdulillah..rasa mcm dpt baby baru..Sblm tu masa nak admit, ada lah sorang kakak tu tanya dah ada kad OKU ke (anak dia OKU)? anak kita kan birth defect je, bukan OKU..tapi dia mati2 ckp ni kategori OKU..boleh mcm tu ka?

Mawar berkata...

kak wahida,

tq kak, kami hrp pun gitu jgk kak,

sama2 kita doakan ya

kak, kalau la sy jd Dr, kan ke senang....;-)

Mawar berkata...

kak zurey,

Haaa PPUM, ok jgk tu ya kak, nanti sy ajak abahnya ke sana plak

anak kita bkn OKU, sy awal2 lg mmg dh pastikn psl ni, bkn apa sebenarnya, sy nk prepare nanti bila adham dh fhm nk jelaskn pdnya senang skit, anak sy mmg suka brtanya byk prkara

secara ringkasnya, ikut Dr yg terangkn psl ni "OKU tu bila melibatkn gangguan pd cara brfikir @pun ada anggota bdn yg tiada/kurang yg mn ianya boleh mengganggu dia belajar/kerja nanti"

Aku wanita yang cekal berkata...

mawar, saya pun setuju sangat dengan idea zurey..setakat ni PPUM laa yang bagus,,lagi satu kalau ada budget lebih boleh ke hospital pantai,meet Dr Tan, hospital pantai kan tempat CLAPAM selalu wat perjumpaan..tapi bagi akak better pergi PPUM laa..jumpa Prof Zainal..

Mawar berkata...

mummy aleesya,

tqvm kak, mungkin jodoh kami dgn PPUM plak lepas ni

sambil2 duk survey ni, rasanya hati dh berat ke sana ni

thanx anyway

zurey berkata...

mai kita p ramai2 AGM CLAPAM 16April ni kat Pantai..ada talk dr Paeds PPUM..boleh Q & A then kita boleh berkenalan.

Mawar berkata...

kak zurey,

niat asalnya gitu lah kak, smbil2 bleh kenal mesra, tp sayang sekali abahnya Xde mggu tu, Xdpt la kami join kali ni

moga ada klapangn d lain wktu ya kak

Nazri berkata...

salam

seronok dapat baca blog akak nier.. saya nier bekas kanak-kanak klef bibir dan lelangit. skrng saya da berumur 23 tahun.. so skrng nk dpt rawatan susulan bgi membaiki bibir serta susunan gigi saya.. btul ka kakk.. ppum tuer ok.. saya ingin mencari rawatan susulan tuer..