Jumaat, 26 November 2010

“Adik, Ummi & Abah ni raja laa…”





Di pg Jumaat yg damai ini sy membelek2 album kawin kami, mengimbau kembali hari penuh makna bg kami di mana dua jiwa disatukan. Hari ini genaplah 6 TAHUN USIA PERKAHWINAN kami. Selama tempoh itulah kami berkongsi segala-galanya; susah-senang…suka-duka…bahagia-lara…sedih-gembira…ceria-tangis…. Segalanya kami tempuhi bersama, dr berdua bertambah jd 3, dr bertiga bertambah jd 4, semakin hari semakin mematangkan kami.

Tiba2 Along datang. Abahnya awal2 pg lg dh pergi ofis…
Along: Along nak tengok jugak. Eh, eh, Ummi & Abah ni raja la…
Ummi: Kenapa sayang?
Along: Ni, Ummi & Abah pakai ni… (sambil jari telunjuknya menunjukkan tengkolok & crown yg kami pakai semasa majlis kawin kami)
Ummi: Laa.. (kelakar anak aku ni…!)
Along: Adik…Adik…, mai sini tengok ni, Ummi & Abah ni raja laa…
Along & Adik: Ampun Tuanku… (kata mereka hampir serentak sambil mengangkat tangan spt dlm filem Raja2 Melayu dulu2 tu)
Ummi: Bukannya raja, ni gambar masa Ummi & Abah kawin.
Along: Ooo, Ummi & Abah nak cinta la tu.
Ummi: Ya, Ummi cinta Abah, Abah cinta Ummi.
Along: Abah kawin dgn Ummi, nanti Along nak kawin dgn sape?
Ummi: Along ni kecik lagi, nanti besar kamu kerja dulu, lepas tu baru kamu kawin, nanti ada la perempuan yg kamu nak kawin.
Along: Masa Ummi & Abah kawin ni, Along & Adik kat mana? Kenapa tak ada dlm gambar ni?
Ummi: Along & Adik belum ada lg.
Along: Ya la, tp Along & Adik kat mana?
Ummi: Kamu belum ada lg.
Along: Iyaa, tp Along & Adik pergi mana? Dlm tummy Ummi ke?
Ummi: Ya…(rasanya kalau dijelaskan pun dia masih tak faham, semua soalannya kena ada jawapan, kalau tak selagi itulah dia akan terus bertanya sampai puas hati dgn jawapan yg diberikan)

Setelah beberapa tahun hidup sebumbung barulah kami boleh menarik nafas lega; dr perkenalan membawa kpd persefahaman, dr persefahaman membawa kpd keserasian. Semoga kami terus serasi…

Agaknya kami berdua serasi kerana mempunyai minat yg hampir2 sama, iaitu berjalan2. Dan bg minat kami yg tak berapa nak sama tu pun tetap tak jadi masalah buat kami; sy suka pergi kedai buku, dia tetap setia menemani sy; dia suka pergi tengok movie, sy juga akan tetap setia menemaninya.

Anak2 kami pun dh semakin membesar, Along tahun depan dah masuk 6 tahun. Drpd tak tau apa2 hingga skrg ni dh tau byk benda; dh kenal huruf ABC & Alif Ba Ta, tau menulis, sgt suka mengira (tambah & tolak), suka melukis & mewarna (agak kemas & menarik), boleh baca Quran (hafaz ayat2 lazim), hafal doa2 harian, kemas tempat tidurnya, jemur towel mandi, mandi & gosok gigi sendiri, kemas buku2 & mainan, serta berebut selipar & bergaduh dgn Adiknya tiap2 hari. Mengikut pandangan mata sy wajah Along tak banyak beza antara semasa dia baby dgn skrg ni.


Adik pula tahun depan dah masuk 5 tahun. Skrg ni pun dh tau byk benda; dh kenal huruf ABC & Alif Ba Ta, tau menulis, suka mewarna (masih lg comot), sgt suka baca Quran (hafaz ayat2 lazim), hafal doa2 harian, kemas tempat tidurnya, mandi & gosok gigi sendiri, kemas buku2 & mainan, serta berebut selipar & bergaduh dgn Alongnya tiap2 hari. Dan yg kami nampak wajah Adik yg agak berbeza semasa baby dulu dgn skrg ni, mungkin kerana telah byk kali melalui operation.


Apapun pun keadaannya, apapun pun perbezaannya, Ummi & Abah akan tetap menyayangi Along & Adik, hingga akhir hayat kami…

Gelagat2 permata hati kami inilah yg sentiasa menceriakan hari2 kami sekeluarga…


Kami bersyukur kpd-MU YA ALLAH kerana diberikan kekuatan & semangat utk kami melalui detik2 resah, detik2 sukar kami bergelar Ummi & Abah kpd dua permata hati kami selama ini.

"Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikirkan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan"

"Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan"

2 ulasan:

zura_habibhaariz berkata...

salam,suka tgk carianya anak mawar..walau kurang mcm mana pun anak kita kt ttp terima dgn redha...pandangan org luar kdgkala melemahkan tapi itu jugakla yg bg kekuatan utk terus berjuang demi anak tersayng...

Mawar berkata...

Zura, btul tu, 100% sy sokong. Mcm mn pun anak2 kita, d mata kita mereka tu ttp smpurna