Selasa, 28 Disember 2010

Adik & Ummi di Hospital Serdang

Semalam Adik ada 2 appoinment di Hosp Serdang; pg jumpa dgn audiologist utk buat hearing test, & tengahari jumpa dgn pakar ENT utk mengetahui tahap perkembangan pendengarannya.

Along terpaksa jg kami hantar ke tadika w/pun dgn berat hati. Dia menangis & meronta2 tak nak keluar dr kereta kerana nak ikut kami ke hosp, lagipun chicken-poxnya masih belum ok sepenuhnya, kesian Along…

Sayang sekali Abah tak dpt menemani kami, hanya menghantar kami di lobby hosp (inilah yg membuatkan sy resah, macam mana kalau Adik meragam nanti, susah jgk nak melayannya kalau sy sorang2).

Masa mula2 sampai Adik cool je…



Patient agak ramai jugak (harap2 Adik tak meragam nanti). Tapi setelah setengah jam berlalu, mood pun terus berubah, dh start boring dah.

Bila dh boring mula la buat berbagai2 aksi; muka raksasa la, main duit dlm beg Ummi la, siap kira lubang pd kerusi lg…




Setelah menunggu 1 jam 25 minit (1115am-1240pm) barulah sampai turn Adik utk jumpa dgn audiologist. Buat hearing test pun agak detail, jg mengambil masa yg agak lama (kurang 5 minit, hampir 1 jam). Tak tahu berapa kali Adik menguap. Sy tengok mukanya semacam je…boring. Nasib baik tak nangis (anak Ummi ni very good la).

“Eeiii lamanya…letihnya…, Adik nak balik lah”, katanya setelah keluar dr bilik audio tu.
“Sayang duduk dulu ya, kita tunggu Abah dtg, nanti kita pegi kedai beli nasi & sticker ya”, sy membalas sambil meribanya (ishh macam mana ni, kejap lg nk kena jumpa dgn Dr ENT pulak).

Ummi berusaha pujuk Adik, takut2 bila dia dh start nangis laagi susah…


Nasib baik kami terus dipanggil utk jumpa Dr ENT, iaitu Dr. Nor Haslinda Mohari, pegawai perubatan yg bertugas pd masa tu. Rupanya kami last patient utk sesi tengahari tu. Semasa Dr check telinganya, dia dh start nangis, sakit katanya. Entahlah, tambahan pula dia pun dh penat.

Dr. Nor: Dah lebih 4 bulan kita masukkan grommets (tiub telinga) dlm telinga Adham, tapi mengikut report audiologist ni tahap pendengarannya masih sama antara sebelum ada grommets dgn selepas ada grommets. Memang agak sukar fluid dlm telinga tengahnya utk kering sepenuhnya bg patient yg ada cleft. Puan ada perasan tak sebarang perubahan antara sebelum ada grommets dgn selepas ada grommets ni?

Ummi: Dr, sy tengok memang sama je. Tp sebenarnya memang susah nak pastikan samada dia dengar ataupun tidak sebab selalunya dia akan tengok gerakan bibir apabila kita cakap. Jd sy sendiri pun tak pasti dia faham apa yg kita ckp melalui apa yg dia dengar @pun apa yg dia lihat.

Dr. Nor: Kita dapati Adham ada masalah pendengaran bg kedua2 belah telinganya. Namun keadaannya masih lagi pd peringkat yg rendah. Dlm keadaan percakapan kita yg biasa ni dia boleh dengar, tp kalau org berbisik dia tidak dpt dengar.

Ummi: Sy kerap juga test benda ni, dtg dr arah belakangnya & bisikkan sesuatu, tp memang dia akan segera menoleh utk tengok gerakan bibir kita.

Dr. Nor: Macam ni lah puan, buat masa ni kita bekalkan ubat utk bantu keringkan fluid dlm telinganya dulu. Then kita check 3 bulan lg, tengok perkembangannya nanti.

Ummi: Ok Dr, t.kasih banyak2 ya.

Semasa Abahnya datang jemput kami, Adik masih lg nangis & terus meluru utk didukung. Sy terus ke farmasi di level 4 utk ambil ubat. Pukul 3 ptg kami beredar dr sana. Kami singgah di tadika utk mengambil Along & terus balik rumah. Abahnya hanya menghantar kami, kemudian terus berlalu ke ofis… (kesiannya dia, tentu dia penat terkejar sana sini).

Ni bekalan ubat Adik utk 3 bulan, semoga ia dpt membantu mengeringkan fluid dlm telinga Adik dgn izin-NYA, Aaamiin… (budak kecik ALLAH sayang. Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan hidup anak ini dunia & akhirat).

14 ulasan:

Azma berkata...

moga cepatla fluid dlm telinga adik kering..
* fluid tu effect pendengaran shj ke mawar?

Mawar berkata...

Azma,

kalu ikut Dr gitu la

tp masalahnya bila kurang dgr susah la nk blajar nanti

sbb tu kita krp jumpa org cleft kurang brjaya dlm pelajaran, sbnrnya dia bkn tak pandai, tp dia tak dgr, so proses pembelajaran tak sampai

ksian kalau org istimewa ini di pinggirkan begitu shj, kurang diberi peluang utk memajukan diri

tp janji sy & abahnya, kami tetap usahakan yg terbaik buat adham, supaya dia diberi peluang belajar yg sama spt anak2 normal yg lain

zura_habibhaariz berkata...

owh...hrp2 3 bln nnt adik bertmbh bgs...risau kan? nasib baik bwk gi temujanji anak still boleh di pujuk2...rasa x rela nk duk spital lama2 tggu giliran:-)

ummuizz berkata...

K Mawar: Semoga Adham nye fluid tu cepat kering ye. Akak, you are a great MOM. :)

Mawar berkata...

ummuizz,
akak harap pun gitu, sian dia mcm2 prob dr kecik lg

smua ibu akan wat yg trbaik utk anak2 mereka, akak prcaya ummuizz pun gitu, ko guano?

Mawar berkata...

zura,
harapn kami pun gitu la,
mmg stiap 2 mggu kna p spital, sian jgk dia boring & penat, sbb 2 kami X buat speech d spital, ksian dia sbb lama sgt kna tggu

wahida berkata...

mudah2an adik tabah hadapi dugaan ni, auntie percaya adik org yg kuat semangat kan?

Mawar berkata...

kak wahida,
Tq kak, harapan sy pun mcm tu lah, harapan yg Xprnah pudar smpai bila2...

fiezarmy berkata...

Insya Allah...Adham akan dipermudahkan kehdpan yang pada masa akan datang.......

akak bilang sama adham....ckp aunti pza pesan............

"adham kene kuat selaluuuuu! makanlah biskut tiger!"

Mawar berkata...

fiezarmy,

tq aunti pza

tp musykil la... sjk bila plak jd duta biskut tiger ni? takpe ke gov staf wat prt-time kat luaq ni?

Bicara hati ibu aisya berkata...

Memang lama kalau temujanji di Hospital Serdang.Sebab tu kalau aisya ada appoinment saya terpaksa cuti.huhuhu..
Semoga Adham xde masalah pendengaran.Aisya dah kompom memang bermasalah dalam pendengaran.Sangat sedih dan hancur rasa hati ini tp hidup perlu diteruskan.Apa sahaja yang terbaik untuknya akan saya usahakan.Moga segalanya dipermudahkan.

Mawar berkata...

kak ayu,

tq, sy jg hrpkn pndgrn adham makin ok nanti

aisya ada klebihn lain yg kita Xtau, insyaallah

Unknown berkata...

oohhh Hospital Serdang...teringat menunggu berjam-jam sejak dari zaman mengandungkan mira...seksa...
Moga-moga adham tak apa-apa...Doa yg baik2 jer...

Mawar berkata...

kak nani,
tq. Sy pun brhrp adham ok, sian sgt kat dia, mcm2 dia lalui sjk kecil
sy masa duk d BSP dlu bw anak p HUKM, dh 2thn lebih pindah pajam bw anak p hosp serdang plak. Tp bg sy HUKM laagi lama trpksa tggu, bukan anak je boring kak, dgn mak2 skali boring