Isnin, 26 Julai 2010

Temasya Sukan Along & Adik






Sabtu lepas (24-07-2010) ada acara sukaneka tahunan, bertempat di Kompleks Sukan MPKJ B.B.Bangi bermula 8pg hingga 1230tgh. Kami pergi 5 org; kami 4 beranak & adik sy.

Seawal 430pg sy masak nasi utk digoreng buat sarapan pg & bekal ke sana, bimbang anak2 lapar especially Adham. Bekalan yg lain tak terkecuali; kek Apollo 1 box besar, air kotak Dutch Lady, keropok 1 balang, etc. (ni nk tgok anak2 main sukaneka @ nk jamu perut…?).

Plan asal nk bertolak 7pg sebab kena register anak2 & parents 730pg. Alih2 kami bertolak ke sana 730pg sebab perkara yg memang tak dpt elak; anak2 ni, bangun tidur susah…kena bergurau dulu, nk mandi lambat…sejuk, bersiap lambat…kena pujuk dulu, sarapan lama. Fuh, semua perkara sy & Abahnya kena sabar, kalau kita tinggi suara sikit, anak2 dh mula merajuk…dh mula nk nangis…

Sampai sana org dh ramai, teacher masing2 sibuk bg anak2 tadikanya mkn. Anak2 sy pun join sama mkn w/pun dh mkn di rumah.

Acara di mulakan dgn ucapan pengerusi majlis, bacaan doa serta ucapan perasmian. Seterusnya senamrobik dr anak2 tadika.

Acara sukan dimulakan dgn acara individu; larian 50 meter, tiup belon (sampai pecah), susun angka (no 1 hingga 10), acara pakai pakaian tadika, & kopek telur. Akram join acara susun angka (mendapat tempat kedua) & acara pakai pakaian tadika (mendapat tempat pertama – sy & Abahnya suka sgt sebab Along dh pandai betulkan pakaian yg diterbalikkan & kemudian sarungkan dgn pantas).

Seterusnya acara sukan berkumpulan; susun cawan (menjadi bentuk piramid), bawa bola pingpong (letak dlm sudu & bawa menggunakan mulut), lari leret gelung, bawa getah dgn straw, bawa belon berisi air, & isi air dlm botol. Adham join acara susun cawan (mendapat tempat ketiga). Akram & Adham join acara bawa bola pingpong (mendapat tempat ) & acara bawa getah dgn straw (mendapat tempat kedua).

Pada awalnya Adham merengek jgk mtk sy main sama; dia tk nk main kalau sy tk join. So, terpaksalah sy tinggalkan dia dgn teacher & kwn2 tadikanya, sy tengok dr jarak agak jauh & tersorok darinya. Aii, rupanya kalau sy takde dpn mata boleh je dia main, ok je mood dia, tk merengek pun. Sy & Abahnya suka sgt sebab Adham dpt memahami setiap arahan yg diberikan serta mengikuti semua acara yg dia sertai.

Ada juga acara sukaneka utk parents; Mr. Mama, untaian kasih ibu, makin jauh makin sayang, & berdua lebih baik. Sy join acara berdua lebih baik berganding dgn jiran sy, Kak Azizah. Abahnya tolong jagakan anak, dia tk boleh aktif sgt sejak slipped disc.

Kami sampai rumah hampir waktu Zohor. Sy harap sgt anak2 tk demam lepas sukaneka ni. Alhamdulillah, hari ni dh 3 hari berlalu, anak2 sy sihat walafiat.




Rabu, 21 Julai 2010

Berita Baik: Bantuan Kewangan


Ada satu berita baik yg sy nk kongsikan bersama. Bg sesiapa yg memerlukan pembedahan pembetulan utk yg mempunyai cleft lip/palate, tak kiralah samada utk anak, diri sendiri, saudara mara, jiran, atau sesiapa sj, bolehlah menghubungi:

Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM),
Box No. 611, Lot 4.46A, Ting 4, Wisma Central,
Jln Ampang, 50 450 KL.
Tel/Fax: 03-2162 1445
Email: clapam@streamyx.com
Website: http://clapam.googlepages.com

Ini adalah satu usahasama antara ING Insurance Berhad dan CLAPAM utk meningkatkan kesedaran tentang cleft lip/palate dan penajaan pembedahan pembetulan utk individu yg kurang mampu.

Pemohon boleh isi Borang Permohonan Pembiayaan Pembedahan Pembetulan Klef Bibir dan Lelangit serta lampirkan salinan sijil kelahiran kanak2, slip gaji ibu bapa, salinan IC ibu bapa, gambar sebelum pembedahan dan lain2 dokumen yg berkaitan utk menyokong permohonan dan hantarkan kpd CLAPAM.

Alhamdulillah, yg kurang mampu dpt dibantu, dulu bantuan ini tiada. Sy masih ingat lg ketika pembedahan pertama Adham (lip operation) di Hospital Pakar Tawakal KL, ketika dia berusia 4 bulan 20 hari. Masa tu kami benar2 tiada duit yg cukup, namun syukur Allah permudahkan, sy mohon pinjaman (Pinjaman Prihatin RM4500, bayaran balik secara potongan gaji RM250/bulan) dr KUIS serta bantuan dr sahabat2 sy & Abahnya di KUIS & UKM. Jutaan terima kasih kpd yg sudi bantu dr segi kewangan, lebih2 lg dr segi kata2 semangat & doa.

Untuk pembedahan2 Adham yg seterusnya kami ada kakak angkat (credit card) utk tolong bayarkan dulu. Tapi tak kisahlah, walau apa pun caranya, walau sejauh mana pun tempatnya, kami memang dah nekad akan mendapatkan yg terbaik buat permata hati kami ini. Moga Allah mudahkan perjalanan hidupnya dunia & akhirat, aamin.

Isnin, 12 Julai 2010

Terhantuk Dinding


Petang semalam lebih kurang 6.15ptg kepala Akram terhantuk pada dinding dalam bilik tidur. Memang dah menjadi rutin, anak2 sy (anak2 org lain pun agaknya…) lepas mandi mesti bergurau. Dah kerap sangat sy melarangnya, tp anak2 kita macam tu lah, apa yg kita larang, apa yg kita tak bagi, yg tu lah yg mereka suka sgt nak buat (mencabar kesabaran Ummi betul Along & Adik ni).

Masa terhantuk tu sy agak panic jugak, yg sy sempat buat hanyalah menutup belakang kepala Akram dgn tuala mandinya sambil beristighfar. Dia menangis bila melihat darah banyak keluar. Lukanya lebih kurang 1.5cm panjang. Dalam sekelip mata sj tualanya dah dipenuhi darah. (YA ALLAH, selamatkanlah anakku, kasihanilah anakku YA ALLAH, hentikanlah darah ni).

Apabila darah dh berhenti sy terus turun ke bawah memberitahu Abahnya yg sedang makan. Masa tu dia baru sj balik dr UKM menyiapkan kerja marking paper yg dia nk submit pg ni.

Ummi: Kepala Along terhantuk kat dinding, darah dh stop, tp rasanya kena bawa pergi clinic jugak la sebab tempat luka tu terbukak (terdedah) je. Takut2 bila Along gerak darah keluar lg.

Abah: Bersiap la, kita pergi sekarang.

Ummi: Sy call dulu, tanya clinic mana yg bukak sekarang ni.

Abah: Bersiap dulu baru call.

Saya terus naik atas, rasa pandangan gelap, tak tau nak amik baju mana, tak tau nak amik tudung mana (YA ALLAH, kenapalah anak aku yg terhantuk, kalau aku yg kena tentu lg senang, kenapalah kena dekat kepala, kalau kena tempat lain takde la aku ni bimbang macam ni. Subhanallah, kenapa aku ni byk sgt ber “kalau”, seolah2 tidak redha dgn apa yg berlaku).

Saya buat susu anak2 dan terus berkejar ke clinic, sampai kat Nilai lebih kurang 6.33ptg baru perasan yg Abahnya tertinggal wallet, terpaksa patah balik rumah. Agaknya masa tu panic sgt, hinggakan lupa bawa benda penting.

Sambil tunggu Abahnya amik wallet, sy call Dr Khamsiah bertanyakan samada Dr di An-Nur BBBangi boleh lakukan jahitan pd kepala Akram. Katanya An-Nur ada Dr utk emergency case 24 hours. Fuh lega, Alhamdulillah. Tp masa tu kami tak berani amik risiko kerana jarak antara Pajam & BBBangi agak jauh, sy minta Abahnya bawa ke mana2 clinic area Nilai.

Lebih kurang 7.05mlm kami sampai di Poliklinik Keluarga An-Najihah, Nilai. Ya ALLAH, ramainya orang, hinggakan kami terpaksa parking jauh. Tak sanggup nak tunggu lebih lama kami terus ke Pusat Perubatan Islam Darul Zaqwan yang tidak jauh dr situ. Dah selesai register, pembantu clinic dtg tengok keadaan kepala Akram. “Maaf puan, Dr kata kena bawa terus ke hospital, Dr tak berani nak buat jahitan bimbang ada jangkitan nanti”, katanya. Kami terdiam, terus keluar dari situ menuju ke kereta.

Abah: Kita terus ke An-Nur la ya.

Ummi: Ok. (Ish, serba tak kena rasanya, tadi nak terus pergi sana rasa jauh sangat, dtg yg dekat gini pulak jadinya, Ya ALLAH permudahkan segalanya, kasihanilah anakku).

Masuk kereta lagi sekali kepala Akram keluar darah dengan lajunya kerana terkena sentuhan kecil pada cermin kereta. Dia memang lasak orangnya, tak boleh duk diam, tu yg kepalanya terkena cermin.

Kami sampai di An-Nur 7.45mlm, orang agak ramai jugak, tp nasib baik ada 2 org Dr. Akram terus di bawa ke bilik kecemasan. Nurse bersihkan tempat luka & mencukur kepalanya sekitar bahagian luka.

Nurse: Puan tunggu, Dr solat maghrib dulu, darah dah berhenti, kita tak consider emergency la.

Saya: Ok

8.15mlm Dr. Ayman lakukan jahitan pada kepala Akram setelah dibius di kiri & kanan tempat luka tersebut. Akram tak nangis, tp matanya terpejam rapat menahan sakit. Kedua2 tangannya mencengkam bantal.

Along: Ummi sakit.

Ummi: Sikit je, Along istighfar ya, Ummi ada.

Alhamdulillah, 8.45mlm semuanya selesai dan kami terus balik rumah. Akram mendapat 2 jahitan. Dr bekalkan dgn 3 ubat minum (Cloxacillin-antibiotic 125mg, Nurofen 100mg utk demam & Leftose Syrup 60ml utk bengkak) & 1 ubat sapu (Foban Cream 5mg utk di sapu pd tempat luka). 3ptg hari ni Akram kena ke sana lagi untuk cuci luka & Sabtu (17-7-2010) nanti jahitan akan dibuka. Ya ALLAH, syukur kerana dipermudahkan segalanya.

Selasa, 8 Jun 2010

Pembedahan lagi…


Semalam kami bawa Adham jumpa Audiologist untuk buat hearing test untuk kesekian kalinya di Hosp Serdang, dan kemudiannya jumpa dengan pakar ENT untuk mengetahui masalah dan tahap pendengarannya. Dari 8pg hinggalah hampir 2ptg, nasib baik dia tak meragam sangat.

Dr bagitau yg Adham perlu jalani satu lagi operation utk memasang tiub telinga (grommet) kerana telinga tengahnya masih mengandungi cecair. Tambahan pula kedua2 belah telinga tengahnya telah bengkak kerana tekanan dalam telinga lebih tinggi dari tekanan dari luar telinga.

Terdiam kami seketika…tak tau macam mana nak respond

Saya keliru kerana sebelum ini dia pernah jalani operation memasang grommet ini pada 28 Jul 2007, ketika dia berusia 7 bulan 20 hari, saya sangkakan masalah yg sama tak akan berulang lagi.

Saya terkejut kerana saya tdk pernah lupa memberikannya ubat (Loratadine) untuk mengeringkan cecair dalam telinganya dari 5 April 2010 hinggalah sekarang.

Saya sedih kerana Adham masih kecil utk menanggung segala kesakitan ini, kerana sebelum ini dia telah menjalani 4X operation.

Saya buntu kerana memikirkan tugas saya yang agak berat, menjadi pelajar dan dlm masa yg sama perlu menjaga anak selepas operation sehinggalah dia benar2 sihat.

Saya pelik kerana Adham tidak pernah mengadu sakit telinga sebelum ini.

Semua perasaan ini mengganggu emosi saya silih berganti… Tanpa saya sedari air mata saya mengalir semasa menunggu nurse menulis time slip kami.

Dr tetapkan 20 Ogos 2010 utk jalani operation ini. Semoga ALLAH menjaga anak saya. “Budak kecil ALLAH sayang”.

Isnin, 24 Mei 2010

Kesian Anak-anak


Masuk hari ni dah seminggu saya demam. Pagi ni terpaksa gagahkan diri dtg ke UPM untuk menyambung kerja2 yang dh lama tertangguh. Nasib baik Abahnya volunteer nak tolong hantarkan. Sepanjang minggu lepas anak-anak ada exam, dari Isnin hinggalah ke Jumaat, moga Akram & Adham dapat buat yang terbaik utk Ummi & Abah. Tapi Adham tak dapat amik semua exam; Isnin tu dia ada appointment dgn CDC (Child Development Centre) di HUKM dan Jumaat tu pulak dia ada appointment dgn pakar orthodontics di Hospital Serdang dgn pakar dari Klinik Pergigian Seri Kembangan. Kesian dia kerap di bawa ke hospital & klinik, mesti dia penat. Nasib baik dia dapat buat exam yang tertinggal tu pada minggu ni, thank you teacher!!

Balik dari CDC Isnin lepas saya demam, agaknya berjangkit semasa di HUKM pagi tu. Badan saya lemah sangat kerana demam, batuk, selsema, sakit kepala dan pening berlaku serentak, nak solat pun tak larat nak berdiri. Pergi klinik dapat MC dua hari. Kesian anak2, time mereka exam, saya pulak yang tak sihat, malam2 anak2 nak buat revision pun saya tak larat nak bantu, terpaksalah Abahnya yang ambil alih tugas saya menemani anak2 belajar. Dah pulak tu badan mereka juga dah mula panas dan batuk2, lebih2 lagi bila time malam, agaknya berjangkit dr saya, nasib baik ada stanby ubat kat rumah. Terpaksa juga hantar ke tadika sebab ada exam, lagipun saya tak larat nak jaga mereka kat rumah, kesiannya, maafkan Ummi Along & Adik ya…

Pagi Sabtu tu pulak seperti biasa Adham ada speech therapy di Shah Alam. Tapi semalam (Ahad) kami tak kemana2, saya pun tak larat sangat. Sekali fikir kesian jugak kat anak2, weekend terperap je kat rumah, tapi apa nak buat memang saya tak larat sangat2, ditambah pulak dengan sakit belakang.

Jumaat, 14 Mei 2010

Sebelum kita mengeluh, fikirkan…


Hari ini…

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi tidak dikurniakan anak.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan…

Di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Isnin, 10 Mei 2010

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak2 dan penyelesaiannya


1. Kurang berdoa dalam mendidik anak2.
Doa ibu bapa terhadap anak2 sangat makbul. Bangun malam untuk mendoakan anak2.

2. Memperkecilkan kebolehan anak2.
Pupuklah kebolehan anak2 walaupun kecil sebagai mendidik emosi anak2 supaya ada keyakinan diri.

3. Lebih banyak memberikan belaian yang negatif daripada belaian positif.
Kata pujian sebagai vitamin untuk membunuh sifat negatif seseorang.

4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak2.
Berbuallah dengan anak2 supaya kita dapat memahami jiwa anak2 dan anak2 pula akan merasakan kita bersama dengan mereka.

5. Kurang memberikan sentuhan kepada anak2.
Sentuhan emosi. Sentuhan fizikal. Sentuhan suara. Sentuhan penglihatan.

6. Menegur secara negatif.
Walaupun anak2 melakukan kesalahan hendaklah menegur dengan menyebut dahulu sifat yang baik yang ada pada anak.

7. Membenarkan orang yang tidak baik sahsiahnya berkawan dengan anak2.
Tidak boleh menghalang anak2 berkawan tetapi ibu bapa mesti kenal siapa kawan anak2.

8. Kurang mengasuh anak2 membuat kerja rumah.
Melatih buat kerja seperti menolong ibu bapa mengemas rumah untuk melatih hidup berdikari dan rasa bertanggungjawab.

9. Kurang mendedahkan kepada anak2 erti kesusahan.
Melawat kampung orang2 miskin.

10. Pilih kasih kepada anak2.
Berikan kasih sayang kepada anak2 tidak melebihkan yang bijak dan cantik sahaja. Yang tidak pandai tidak diberikan kasih sayang.

11. Tidak meraikan anak ketika ke sekolah dan balik dari sekolah.
Menghantar anak2 ketika hendak ke sekolah hingga ke pintu rumah.

12. Tidak banyak masa bersama anak2 dan kurang sentuhan kepada emosi anak2.
Luangkan masa bersama anak2 walaupun pendek tetapi maksimumkan.

13. Tidak melihat di dalam diri anak2 ada emas – potensi diri anak2, akademik atau kemahiran. Anak2 ibarat sebiji bawang.

14. Terlalu memanjakan anak2.
Kemewahan yang berlebihan akan menjadikan anak2 sukar untuk dididik berdikari.

15. Mungkir janji kepada anak2.
Anak2 akan hilang kepercayaan secara tersembunyi kepada ibu bapa yang mungkir janji.

16. Kurang menunjukkan minat kepada aktiviti anak2.
Tunjukkan minat ingin tahu kepada aktiviti anak2 supaya tidak terjebak aktiviti yang tidak sihat.

17. Kurang memberikan perhatian kepada pertanyaan atau kemusykilan anak2.
Tunjukkan minat dan kesungguhan untuk mendengar masalah anak2 supaya anak2 tidak memendam perasaan segala masalah yang dihadapi.

18. Menggunakan kaedah mengancam atau mengugut anak2 untuk mendapatkan perhatian atau tindakan.
Gunakan pendekatan yang hikmah untuk mendapatkan perhatian anak2.

19. Mempunyai tanggapan yang negatif terhadap anak2.
Tanggapan negatif terhadap anak2 akan mewujudkan jurang perhubungan emosi antara anak dan ibu bapa.

20. Kurang berbincang dan kurang memberi layanan kepada pandangan dan pendapat anak2.
Menerima pandangan anak2 akan melatih anak2 berfikir dan melatih mempunyai sifat kepimpinan.

Khamis, 6 Mei 2010

Jauh perjalanan, luas pemandangan, hati anak2 riang


Malam tadi kami sampai rumah dalam 10:40 mlm. Fuuuh memang penat; lenguh seluruh badan, pening dan sakit kepala, dan macam nak patah pinggang, tapi yang lebih penting Along dan Adik seronok sangat dapat balik kampung.

Jauh sangat rasanya perjalanan kami; dari Pajam ke Wakaf Aik ke Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubur, patah balik ke Wakaf Aik, kemudian ke Langkap (Setiu), patah balik lagi sekali ke Wakaf Aik, singgah di Cameron Highlands, dan barulah sampai semula ke rumah kami di Pajam.

Cuti sakan kami sekeluarga, Along dan Adik suka sangat dapat kejar ayam dan kucing Tok Mek, dapat main dengan Abang Me dan Adik Malin, dapat jumpa Tok Ma dan Tok Ayah, dapat beli baju The Cars dan mainan Ultraman dan Digimon, dapat naik motorsikal Tok Ayah, dapat petik strawberi dan minum teh di Sungai Palas BOH Plantation.

Dah habis bercuti ni rutin harian kami akan kembali seperti sediakala; Along dan Adik ke tadika, Abahnya pergi ofis dan saya ke UPM menyiapkan tesis yang masih lagi tergantung…

“Cara terbaik untuk membentuk seorang anak menjadi baik adalah dengan membuatnya sebaik mungkin sentiasa merasa bahagia”.

Jumaat, 30 April 2010

“Along tak nak lah pegi zoo”


Setelah selesai mengemas beg sekolah Along dan Adik serta menyediakan sarapan pagi tadi seperti biasa saya terus naik ke bilik untuk mengejutkan anak-anak untuk mandi serta bersiap ke tadika.

Saya tengok Along dah bangun, dia senyum apabila melihat saya. “Emm Sayang dah banguuun, veeeryyy gooood”, leganya saya tak perlu susah-payah kejut dah bangun. Cuma Adik yang masih nyenyak tidur dalam pelukan Abahnya.

Akram: Ummi, tadika ada brapa lagi?
Ummi: Ada sehari je lagi (sambil mengangkat jari telunjuk).
Akram: Ooo, cuti dua kita nak pegi mana?
Ummi: Saturday kita pegi clinic Adik dan pegi shopping, Sunday kita pegi zoo lah, nak tak?
Akram: Along tak nak lah pegi zoo.

(Ish, pelik Along ni. Selalunya dia gembira sangat kalau tahu kami nak bawa pergi zoo).

Ummi: Kenapa tak nak? Along tak suka pegi zoo?
Akram: Suka, tapi Along nak balik kampung lah, nak naik bus.
Ummi: Alaa kita pegi zoo la, dekat zoo best, ada owl, ada monkey, ada tiger…
Akram: Along nak balik kampung jugak…

(Saya terdiam, nak balik agak berat hati jugak bila mengingatkan kerja saya yang bertimbun tu, tak nak balik pun agak berat hati jugak bila ingatkan permintaan Along ni).

Lastly, malam ni kami sekeluarga akan bertolak balik kampung (Wakaf Bharu, Tumpat dan Wakaf Aik, Bachok), cuma tak naik bus, saya tak tahu bagaimana nak packing barang yang banyak tu kalau naik bus, dengan mainan lagi, dengan bantal busyuk lagi, buat malu kat driver bus je. Kita gembira apabila anak-anak kita gembira.

Rabu, 28 April 2010

Hanya satu peluang


Ingatlah…

Jika anak kita hidup dalam kesabaran,
dia akan belajar menjadi penyabar;

Jika anak kita hidup dalam galakan,
dia akan belajar menjadi yakin;

Jika anak kita hidup dalam pujian,
dia akan belajar menghargai;

Jika anak kita hidup dalam persetujuan,
dia akan belajar menyayangi diri sendiri;

Jika anak kita hidup dalam kejujuran,
dia akan belajar memahami kebenaran;

Jika anak kita hidup dalam keadilan,
dia akan belajar menjadi adil;

Jika anak kita hidup dalam keselamatan,
dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain;

Jika anak kita hidup dalam kemesraan,
dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Namun…

Jika anak kita hidup dalam kekasaran,
dia akan belajar melawan orang lain;

Jika anak kita hidup dalam kritikan,
dia akan belajar menyalahkan orang lain;

Jika anak kita hidup dalam ketakutan,
dia akan belajar jadi pengecut;

Jika anak kita hidup dalam iri hati,
dia akan belajar berasa bersalah;

Kita hanya diberi satu peluang untuk membesarkan dan mendidik anak-anak sementara mereka masih bersama kita…manfaatkan peluang ini dan lakukannya sehabis baik.