Selasa, 27 April 2010

Berlapang dada, terimalah seadanya


Setiap ciptaan ALLAH mempunyai rahsia yang tersendiri. Samalah juga dengan kehidupan kita. Setiap yang berlaku bukanlah perkara sia-sia sebaliknya mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita sebagai hamba-NYA perlulah redha, sentiasa berlapang dada dan terima ujian tersebut seadanya. Agak berat juga saya rasakan pada mulanya menerima ujian demi ujian ini, namun berkat sokongan dan semangat yang tidak pernah padam dari suami terutamanya dan kawan-kawan menjadikan saya lebih tabah serta cekal mendepani semua ketentuan ini.

Anak pertama kami, Akram…
• Mempunyai masalah Duodenal Atresia iaitu usus tidak bersambung, selamat dibedah ketika hari ke-3 dilahirkan
Premature 35 weeks, kiwi vacuum for fetal distress, beratnya hanya 1.91 kg (lahir pada 1 Ogos 2005, due date yang asal adalah 4 September 2005)
Prolonged Jaundice – semasa baby badannya dah lah kecik, kerap pula diambil darahnya untuk pemeriksaan
Delay on speech and social (global development delay) - menjalani speech therapy di HUKM
• Lambat berjalan – menjalani fisioterapi di HUKM selama setahun kerana bahagian pinggang dan kebawah agak lemah
Cryptorchism - sejak dilahirkan hanya mempunyai satu testis di dalam kerandutnya dan satu lagi tidak turun dalam keadaan normal, Alhamdulillah sekarang dah kembali normal tanpa perlu dibedah
Bronchitis – perlu ambil nebulizer setiap kali demam dan batuk
• Kerap demam dan selsema – agak mudah berjangkit dari Adham atau kawan-kawannya di tadika

Anak kedua kami, Adham…
Bilateral Cleft Lip and Palate – setakat ini telah selamat menjalani 4X pembedahan
G6PD Deficient – susah jugak nak jaga dia masa baby dulu
Bronchitis - perlu ambil nebulizer setiap kali demam dan batuk
• Kerap demam dan selsema – memang agak kerap, namun nasib baik dia tidak mudah berjangkit macam Akram dan lebih cepat sembuh berbanding Alongnya
• Mendapat jangkitan telinga – sekarang masih lagi berjumpa Audiologist di Hospital Serdang
• Masalah pertuturan – pernah menjalani speech therapy di HUKM (4X) dan sekarang ini di Shah Alam (bermula Januari 2010 hingga sekarang)

Andainya saya diberi pilihan, saya tak mahu melalui semua ini, namun apalah daya kita sebagai hamba-NYA untuk menolak semua suratan ini. Kalau kita rasa susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Saya akhiri dengan petikan 2 ayat ini buat renungan kita bersama…

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah, ayat 286.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Ali-Imran, ayat 139.

2 ulasan:

MarianaDaud berkata...

Tahniah mawar, menjadi ibu memerlukan ketabahan..apabila diuji sedemikian rupa perlukan kekuatan..dan bila kita bersedia menjadi ibu kekuatan dan ketabahan akan datang seiring...

Hafizah berkata...

Hati terusik dengan ketabahan dan kekuatan yg ada pada akak..

Semoga Allah mengganjarkan kebaikan dan kebajikan yg banyak buat akak dengan rasa redha menerima semuanya.

U are superwoman!